Bila sel otak terlebih hubung.

As salam..


Selamat petang semua.. weiii.. mengantuk ker? hahahah petang2 memang syok tidur kan. Aku kat office ni, nak hilangkan mengantung layan movie je la. Tak pun update blog. Pagi tadi dah blog walking dah. Kalau sempat petang ni, kasi seround lagi. 

Ok, anak bujang sulong aku, dah 3 tahun lebih dah. Asyik la dok sebut nak g sekolah. Jeles bila tengok kawan2 pergi sekolah. Bila nampak bus sekolah pun dok sibuk nak pergi sekolah juga. Kecian pulak mommy tengok. Next year kita pergi sekolah ye. Sabar tau. Tunggu adik baby lahir. Senang nak handle nanti. 

Bercakap tu, dah boleh jadi kawan gaduh tau. Ada je jawapan dia. Tapi, walaupun sikit noty, dia sangat penyang. Lagi2 dengan adik dia. Bila mommy sengaja kacau harris, si harris pun mengada ngada mengadu dengan hafidh. Pastu hafidh datang kat mommy tanya kenapa mommy buat harris. Caring kan? Suka tengok. Tu yang aku selalu tak jadi nak marah dia tu. 

Kadang cara dia buat kita marah, boleh jadi bahan lawak. Ada je benda tak masuk akal dia buat. Contoh semalam ni la yang dia buat......








Masa perjalanan nak ke rumah baby sitter, hafidh duk main sorang2 kat belakang. Sekali lin toleh tengok dia dah macam tu... Pelik.. sebab dia pakai pampers macam mana dia keluarkan pampers letak kat luar. 

Rupanya dia amik pampers lain yang lin buat spare kat dalam tu untuk dia terdesak nak kencing. Tak kan nak berhenti suka2 kan. Dia pakai buat macam superman. Sabar je la... 

Pastu D suh bukak elok2. Boleh pakai lagi pampes tu. Bukan kena bird pun. Dia pun bukak simpan balik .hahaha tak tahan tengok dia. Ada je akal. 


Post a Comment

3 Comments