kbba

Latest Posts

Blogger Day di ZOO Negara, Malaysia - Part 1

By 1:41 PM , , , , , ,

As salam... 



Sebelum aku terhantuk dan hilang segala memori semalam, baik jika aku menulis sekarang. Huhuh. Lunch hour menulis tak dosa kan. Tekan keyboarb banyak2 pun boleh. Sapa berani marah? 

Alhamdulillah berjaya lagi event dibawah Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Kali ni, kami buat blogger day di Zoo Negara. Sesuai la untuk mommies macam aku ni. Bawak keluarga datang bergembira bersama anak2 sambil mempromosikan Zoo Negara. Terima kasih pihak Zoo Negara dan KBBA. 

Acara bermula seawal jam 9am. Aku gerak dari Beranang dalam pukul 7.40am. Sampai Zoo pukul 8.20am. Tak lambat pun. Sebab pagi2 tak jem. Sempat la aku memenuhkan perut dengan sekeping roti canai kat luar kawasan Zoo. Masing2 kena penuhkan perut, kalau tak nanti mood mak buyong dan anak2 kelaut. Hilang enjoy pula nanti. 

mommylin dengan hero kecil 

Masa sampai tu, dah ramai sangat blogger yang dah tiba. Tak tertegur rasanya. Settle pendaftaran, anak2 sibuk dah ajak masuk tengok harimau. Amboi sangat si Harris tu tau. Tak menyabar. 
Jenuh nak tenangkan dia. 

ajak tangkap gambar dengan harimau dulu, mommy sorang je pandang. 


Sebelum masuk, sempat juga la kami berkumpul mengikut kumpulan yang diberi. Aku kumpulan HORNBILL... Bak kata hafidh dan Harris, Bird la mommy. Tengok kat tag masing2. Lepas tu, dapat taklimat ringkas dan bergambar.. Sementara semua orang masih segak. Hahaha. :P 

Cer cari mana mak yong menyorok? 

Bila bergambar ramai2 macam ni, ya Allah... ramainya. Hahaha... memang tak sempat la nak salam semua sambil laga pipi. Tapi, bila dalam group, harus la bertegur sapa. KBBA ni, family tau. 

Lepas masuk je ke dalam Zoo, tempat pertama yang kami tuju Butterfly Garden. Suka anak2 aku. Jalan laju je, lagi2 tempat ada kolam. Beria-ia aku kejar tau. Takut anak terjun kolam air tu. Dia bukan kira boleh mandi ke tak. Semua dia redah 

Lepas tu, kami terus pergi kawasan spesis monyet. haa... Jangan tak tahu, MHA ni pun suka monyet. Hahaha Dah monyet je yang selalu nampak. Bila tengok monyet-monyet tu bergayut, lagi teruja dorang ni. Bila nampak belakang monyet, pun dia jerit... Bon***... hahaha sabar je la. 
Bahagian ni, hafidh teruja lebih la. 


Sebelah tu pula spesis hornbill. Macam2 jenis ada. Banyak juga nama2 yang pelik2. Hahah. Dah tua baru jejak zoo gini la.

susah tau nak tangkap gambar burung ni. Ni je dapat. :P 


Lepas tu, kami pergi tempat ikan. Haaa... ada ikan besar. Teruja aku. Aku yang teruja tau. Tak sempat pula baca ikan jenis apa tu. Aku sempat suruh D tangkap gambar je. Penguin pun ada wei.. Terus anak2 aku kata macam dalam TV tu...


Kemudian, kami ke tempat ikan2 sungai. Best masuk situ.. ada air cond. Sejuk je. Aku suka. Mak yong memang suka benda sejuk kan. Hahaha... 


Tengok gambar yang atas ni, mesti terasa sejukkan... Nyaman... nasib tak leh celup kaki jup.
Jauh jugak la perjalanan dalam terowong tengok2 spesis dalam sungai. Ada juga ikan yang hampir pupus dorang jaga. Sapa peminat pancing2 ni, mesti kenal semua jenis ikan2 ni. Anak2 kalau ikan suka la dia. Setiap tempat ada ikan besar dia diri lama.

Sebelum keluar, jom kita selfie hafidh. Daddy dah tinggalkan kita kan.

Pipi kami sama... haah :P


Nanti sambung citer ok. Lepas dari tempat sungai ni, kami pergi tengok show.. Animal show. Serius best tau.

Bye! 

You Might Also Like

9 leave a massage here...

  1. sesekali ke Zoo best jugak.. pernah masuk beberapa tahun lepas dengan anak2..

    ReplyDelete
  2. Enjoy je kan anak2 slam..sakan meronda dalam zoo..ehehe..

    ReplyDelete
  3. sonok jumpe ko semalam lin..tak sempat bergambar berdua kan..sobsss

    ReplyDelete
  4. seronok lah anak2 kan time nih...slm perkenalan..bw dr www.housewifearts.blogpsot.com

    ReplyDelete
  5. Best sangat2 g zoo negara semalam kan...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers