Punca penyakit "lupa" perempuan hamil

As salam.... 

Allahu Akbar... Masih berdebar lagi jantung aku ni. Tak tahu nak kata apa dah. Penyakit lupa masa mengandung ni memang agak kronik kali ni. 

Masa awal mengandung, selalu sangat lupa bawa pampers anak pergi rumah BS. Keluar berjalan pun lupa bawa susu, baju dan lain2 lagi la. Selalu sangat D kena spent duit lebih beli pampers lain, susu lain. Lama2 dah jadi banyak dah semua tu. Gara-gara pelupannya isteri dia. 



Kalau mengandung kan Harris aku rasa paling kronik... tp kali ni aku rasa dah kritikal. Dulu aku selalu sangat berus gigi guna pencuci muka. Sebab keliru antara colgate dan pencuci. Kali ni, dah tak terjadi lagi. Sebabnya, aku guna pencuci muka sabun. Tak kan sengaja tenyeh sabun kat berus gigi kan. 

Hari ni tragedi paling teruk. KUNCI kereta hilang dalam GIANT. Allahu Akbar. Berdebar aku bila tengok kat tangan hanya ada dompet dan handphone. Lepas buat bayaran, minta izin cashier nak tinggal barang sini kejap sebab nak cari kunci. Target aku area beras. Mungkin masa aku angkat beras tu, aku letak tepi kunci kan. Aku pun pergi terus sana. Laju aku jalan dah tak ingat mengandung dah masa tu... Jalan... jalan... dan... tak ada kat situ....!! 


Ok! aku rasa nak nangis dah. Tak pe.. teruskan pencarian. Dalam hati zikir nabi yunus. Zikir ketika dalam kesusahan. Tak lekang dari mulut ni, sepanjang pencarian. 

Pergi 2-3 tempat tak ada. Alamak... takkan tercicir. Kalau tercicir jenuh wei nak cari. Rilek lagi... tarik nafas... jantung ni dah laju sangat. Dah fikir mana nak cari ni... Dah fikir kalau tak jumpa apa patut buat. Macam mana nak balik opis. Mana nak letak barang... Macam2 sangat dah aku fikir. 

Last2.. aku buat keputusan untuk berjalan dari awal aku masuk, hingg akhir. Dan akhirnya jumpa .... jumpa kat mana nak tahu???






































Celah seluar budak. 





Mungkin masa sibuk aku pilih seluar anak2... aku letak tepi tu.. Ya Allah.. syukur sangat ada. 
Kronik betul la pelupa aku ni. 


Korang rasa sebab apa orang mengandung ni selalu lupa? Cuba share. Antara sebab yang aku dapat kenal pasti, sebab ni la.... .


PENAT

Yes!! tak di nafikan aku penat. Lagi2 selepas pindah rumah ni. Dengan keadaan rumah yang masih belum terurus. Dengan rutin harian yang padat. Perjalanan yang jauh. Anak2 membesar dengan ragam macam2. Memang PENAT.

TERLALU BANYAK BERFIKIR

Yang ni, memang dah jadi semulajadi perangai aku. Suka berfikir. Fikir nak masak apa pun leh jadi serius. Fikir kerja yang tengah banyak nak handover. Fikir mana nak cari duit extra untuk aku bila dah tak kerja. Semua kena fikir. Isshhhh... 

LAPAR

Mudah lapar. Sekarang ni, memang dah jadi rutin aku mudah lapar. Tak macam masa mula2 mengandung. Nak  makan pun tak ada selera. Tapi, dah masuk 16 minggu keatas ni, selera makan memuncak ko. Kalau pagi hari, tu leh jadi gaduh kalau tak dapat makan. Hahaha... Nasib partner memahami. Tu yang bila kemas baju anak asyik la lupa letak pampers. 




Itu je kot. Entah la. Korang tambah ikut situasi korang la ye. Untuk para suami... Jadilah macam suami aku. Bila aku kata lupa. Dia tak marah... hahaha memahami sungguh. Walaupun dalam hati gigil nak cakap " terlupa " atau " tertinggal" tu. Bak kata laki aku... Orang hamil ni, kita kena faham dia.. jangan marah bila benda pelik2 jadi, Sebab dalam badan dia ada 2 roh. 
Haaa... amik ko.. ayat tu keluarnya... 

Good luck mommies semua. 



*********************************IKLAN********************************************

Ada mommy to be yang belum ada barut cantik2?? meh usha ni... 3 size yang sesuai untuk anak anda. 


Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian whatsapp 019.252.3932

Post a Comment

3 Comments

  1. weh aku kalau LAPAR, mmg menjadi2 weh.aku pon mcm kronik dah.hish.

    ReplyDelete
  2. betul la lin.. aku slalu lupa apa yg aku nak bt.. esoknya baru ingat.. pffft!

    ReplyDelete
  3. sabo ajer la allene.
    tapi kekadang agak bahaya gaks ekk?

    ReplyDelete