kbba

Latest Posts

Sedap atau tak durian tepi jalan tu?

By 4:31 PM , , , , ,

As salam...

Baru terhegeh hegeh nak update hari ni. Pagi tadi, semangat siapkan 1 detail. Bila lepas lunch aku kekenyangan pula. Huhuh Now... nak ke tak nak kena update. Kecian nanti lupa sudah semua cerita indah. Jadi la cerita basi. 



Nanti bila dah duduk rumah entah macam mana la aku nak update blog. Whatsapp pun masuk sejam sekali. Pening memikir kat kawasan rumah yang tiada line internet. 

Ok. Dah melalut ni. Kang tak sempat update dah bos masuk ketuk la huruf 1-1 nanti. 

Sejak tinggal Beranang ni, aku selalu lalu kawasan kajang ni. Dekat dengan area tesco kajang tu. Tepi jalan yang menghala ke LEKAS, ada 2 tempat yang jual durian. Hari2 lalu, anak aku pun buat permintaan. 

"Daddy.. nak durian... " Jangan tak tahu, hafidh peminat tegar durian. Bila daddy dia bawa balik durian, dia boleh duduk bersila sambil tunggu daddy dia bukak durian tu. Mengadap la senang kata. Lepas habis seulas... makan seulas lagi.. lagi dan lagi... sambil tunjuk simbol good guna ibu jari dia. 



Bila dah hari2 anak kesayangan D berzikir, D pun ON la. Siap berhenti dan makan kat situ je. 
Sebenarnya lagi better makan kat situ. Bawak balik rumah, pening wei.. bau durian sepanjang dalam kereta nanti. Aku dah la petang2 ni, asyik pening kepala je. Kang terus muntah apa pun tak boleh. 

Tapi, serious memang sedap durian kat situ. Kitorang makan 2 biji je masa tu. Hafidh penuh semangat dia makan. Harris main tipu. Makan sikit nak buang pastu amik baru... rugi.. Kalau dia bagi aku, leh sambung makan. Ni, dia terus buang kat tempat sampah. Hempeh tull.. Dia tak berapa nak reti makan lagi. 

Aku memang ajar je dorang makan. Tak salah pun. Cuma Harris masa awal2 dulu macam tak boleh terima sangat. Dia pegang je. Bila nak amik, dia tak bagi. Hihihi pelik aku. Tak tahu apa dia rasa. 

Sekali sekala tu kan... Makan la kat tepi jalan macam ni... serius best. Tapi, jangan lupa pantau anak2. Kang lari terus ke Jalan raya.. bahaya tu. Nasib anak aku ok. Cuma sibuk dok pilih durian juga... 


You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. Sy dah tak makan durian..suami pun tak suka makan. Secara automatik anak pun tak suka. Hehe

    ReplyDelete
  2. boleh geng la..hantu durian jugak...aku nie yg dok kajang lagi la..tiap2 hari mengadap...rasa tiap2 hari nak angkut durian balik rumah...hehehe

    ReplyDelete
  3. Sedaonya durian.. Wawa makan katkebun sedara je.. tepi jalan kebanyakkan tak sedap..")

    salam singgah n follow #490..")

    ReplyDelete
  4. alahaaaiiii... lamanya tak makan duriaaaannnnn...
    *padahal baru ahad lepas pekena durian 3 biji.. kikikikikiii..*


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  5. beranang memang byk dusun durian, kan?
    mak mertua kakak di beranang.
    terlalu byk durian hingga buat tempoyak :)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers