kbba

Latest Posts

Bermain dalam rumah lebih selamat - Kids Friendly House

By 3:00 PM , , , , ,

As salam.... 



Aku sekarang suka search dan research mengenai " Kids Friendly House" atau pun bahasa melayu nya "Rumah mesra Kanak2". Apa yang aku harap untuk kids friendly house ni, adalah supaya anak2 aku dapat membesar dalam rumah tanpa rasa bosan. Dan yang paling penting, mereka boleh belajar walaupun tanpa ke sekolah. Berlajar dan bermain didalam rumah. 

Itu antara misi besar bila dah jadi suri rumah nanti. Banyak misi aku dah buat list ni wei. Pening pula. Rasa macam tak cukup 24 jam dah lepas ni. Mana nak uruskan anak2, homeschooling mereka, masak, mengemas, blogging dan lain2 la. Fuhhh... Semua tu dah dok berjalan slow2. Insya Allah lepas ni, kena buat jadual pula dah. Semoga dipermudahkan. 

tips di FB dan IG. Search #kidsfriendly #mommylindotcom

Tempat atau area dalam rumah yang anak akan duduk lama adalah ruang mainan mereka. Mereka bukan sekadar bermain. Malah suka menyepahkan mainan. Pada awalnya aku jenis kecoh gak, tak bagi sepah sana sini. Tapi, sebenarnya itu semua pembelajaran untuk mereka. Apa salahnya lepas sepah kita sama2 ajar mereka mengemas. Susun ikut tempat mainan. Contoh lego, masukkan dalam box lego. Kalau pipe pula, box pipe. Semua mainan adalah seeloknya diasing asingkan. Bagi memudahkan mereka bermain dan mengemas. 

Misi mencari tempat untuk dijadikan " Play Area" anak2. Kenapa tak letak dalam "Play room" je. Senang nak kemas. Aku pernah buat play room untuk anak2. Tapi, mereka bermaharajalela memunggah tanpa rasa bersalah. Kadang tu, sampai bawah katil penuh mainan. Kemudian, disekali kan dengan bahan bacaan mereka. Tahu apa jadi?? Buku semua koyak, tanpa aku sedar. Dalam bilik mana aku dapat pantau kerja mereka setiap masa kan. Jadi, misi kali ni, asingkan tempat bermain dan berlajar. Jadi, aku cari sudut yang sesuai untuk play area mereka. Dimana?? 



Play area pertama

Memula aku cari sudut ni, lapang tak tahu nak letak apa. Aku pun letak rak mainan dorang dan box mainan. Tapi, ada 1 masalah. Dorang suka tarik langsir. Adeh. Kena alihkan. Kalau tak, jatuh la langsir tu nanti. 



paly area kedua 

play area kedua

Play area kedua ni, agak sempit. Dan anak2 aku kerjanya menjatuhkan segala frame yang aku letak kat atas rack. Lepas tu, tempat ni, aku perhatikan jadi tempat letak mainan je. Dorang tak suka main kat sini. Mungkin sempit. So... misi mencari sudut lain pula... 

Sudut ketiga ni, baru je buat Sabtu aritu. Errmmm tak sempat susun proper pun. Huruf PLAY pun tak sempat tampal lagi. Harap sempat buat dalam minggu ni. Kemudian pos kat blog. 

Aku rasa ni, lebih selesa. Anak2 dapat mainan tempat luas. Dan barang pun senang nak susun. Senang juga aku nak pantau apa mereka main. Tengah tengok TV atau tengah masak pun leh tengok apa dorang buat.
Rack tu, aku baringkan supaya atas tu nanti aku boleh buat tempat duduk dorang. Mungkin lebih santai. Tapi, tunggu mommy free la ye. Mesin pun lama dah tak bukak tu. =D 


play area ketiga 

play area ketiga 

play area ketiga 

Di harap dapat membantu mommy2 yang duk cari idea untuk play area anak2. Bagi aku, biar la mereka boleh bermain di setiap sudut rumah kecuali dapur. Jangan disekat apa mereka nak buat. Apa yang penting, cara kita atasi masalah. Masalah bersepah, masalah kebersihan. Semua tu tuntut kretiviti ibu bapa. Buat apa deko rumah andai setiap barang yang anak2 pegang kita marah, tengking dan jerit?? Ini membuatkan mereka rasa tak seronok duduk dirumah. 

Sekadar pendapat. =) Nak rumah cantik... biarlah bersesuaian dengan kanak2... =) 
Bye~~~

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. btl kak..saya pun tgh mencari ruang yang bersesuaian..kalau ikutkan terfikir nak buat dalam bilik dia je..tapi macam akak tulis lah, kita tak nampak apa yang berlaku..kena fikir semula nihh..hmmm

    ReplyDelete
  2. alala comelnye playarea mami buat..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers