Risiko yang mendebarkan - 3rd pregnancy

As salam..


Lupa plak nak sambung cerita.. uhuhhu bila tengok UV untuk entry lepas, amboi tinggi mencanak. So, semangat terus nak sambung cerita kandungan ketiga ni. Entry sebelum kat bawah ni....

Aku tak layak untuk itu - Preggy ketiga


Lepas scan, doctor terus nasihatkan aku untuk keluarkan IUCD. Serius aku takut sangat. Sebab aku pernah je baca kes ni, dan alat ni akan keluar sendiri bila bersalin. Tapi, aku pelik bila doctor kata nak kuarkan. Habis tu? baby dalam kandungan tak pe ke? Serius aku blurr. 

"Saya akan keluarkan alat itu. Takut kalau dibiarkan, nanti alat akan melekat pada baby u... dan boleh cacat... " Lebih kurang gitu la ayatnya. Aku bertambah suspen la wei. Terus buat keputusan, untuk keluarkan. " Tapi... risiko keguguran tu ada. Takut masa keluarkan alat, tertarik kantung sekali...." 
Dah la masa tu, aku sorang je. D tak ada. So, aku buat keputusan sendiri. Aku harap D ok. 

adik baby 4 month





Lepas selesai procedur tu, aku balik dan amik ubat macam biasa. Dalam hati excited dan nebes pun ye. Ye la kan... excited nak tunjuk gambar baby kat abang2 dia. Nebes takut tak jadi kandungan tu.

Lepas seminggu, aku still ada bleeding. Tapi tak banyak. Macam spot je. Itu pun risau jugak. Sebab doctor kata, ianya sepatutnya hanya sehari dua sahaja. Aku jumpa doctor semula. Bila check, scan... baby dalam keadaan baik. Cuma masa tu, tak nampak sangat jantung dia. Aku dah mula cuak. Macam2 boleh jadikan...

Sebulan kemudian... still bleeding. Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Nak rasa pergerakkan, tentu la tak boleh lagi kan. Aku check doctor semula. Scan, baby sihat. Ada jantung. Nampak denyutan dia. Alhamdulillah.  Cuma doctor pelik, kenapa aku still bleeding. Apa pun, sebarang kemungkinan tetap akan berlaku. Cuma get ready dan standby emosi.

Dan hari ni, rasanya sikecil dalam perut dah menjangkau usia 5 bulan. Cepat masa berlalu. Pergerakkan kecil dah rasa. Perut mommy pun dah padat. Selalu mengah. Nak tidur, memang susah. Selalu sesak nafas. Semalam rasa macam tidur duduk je. Itu cara terbaik untuk tidur. Mengiring pun lemas je aku rasa.

Semoga baby sihat sempurna sehingga lahir. Walaupun dah tiga kali mengandung. Nebes tu tetap ada. Risau tu tetap datang. Normal agaknya bila mengandung kan. Jumaat ni, nak tengok baby. nebes jugak. Takut nampak "bird" lagi. Hihihi. Apapun tak kisah. Janji sihat. Allah tu memang dah atur yang terbaik. Kami terima. =)

Untuk ibu lain... jangan takut untuk beranak rapat. Setiap kejadian, pasti ada hikmahnya. Yang penting, kita amik kesempatan masa mengandung untuk kaut pahala sebanyak mungkin. Itu la kelebihan wanita...

Post a Comment

4 Comments

  1. Insya allah semoga di permudahkan ye

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah selamat baby nye...nti updet la nampak ape ye..hihiih

    ReplyDelete
  3. Tahniah sis..
    Semoga segalanya dipermudahkan olehNya

    ReplyDelete