Taman mainan menguji mental dan fizikal anak kecil

As salam... 


Fuhhh... teruk sangat jerebu kat luar tu. Aku asyik sesak nafas je. Padahal dalam office. Allah.... tenat sungguh bumi sekarang ni. Semoga Allah permudahkan urusan kita... Dan perlihara kita dari penyakit... Aminnnn.... 

Ok. Sebelum jerebu hari tu, lin sempat bawa anak2 pergi taman permainan di Setia EcoHill. Seronok sangat tempat tu. Lain dari yang lain. Dan ianya juga menguji minda anak. Taman permainan baru, berconcept modern, praktikal dan genius. Haaa... melambung aku puji. Tapi serius memang best. 

2 beradik main gelongsor 

modern design

bahagian memanjat

Tak sempat snap banyak gambar. Sibuk perhati anak berlari kesana kemari. Walaupun dah besar, wajib pantau anak semasa bermain. Wajib ye. Masa aku pergi hari tu ada seorang budak main buaian, tangan patah. Haaa.. ni budak dah besar dah. Badan pun besar. Tak tahu mana silap dia. Agresif sangat kot. Tapi tak pasti la patah atau terseliuh je. Sebab jerit kuat betul. 



Mainan paling best gambar dibawah ni. Mainan menguji minda anak kecil.  Nak masuk memang senang. Nak panjat kena fikir dulu cara. Nak turun pun sama. Sana sini banyak lubang. Memang aku suka bila anak2 main ni.


Harris mulakan langkah 

selamatkan diri dari lubang

jatuh kebawah juga akhirnya 

Hafidh dah naik level 2

cara memanjat. Pegang jaring tu

Tengok gambar macam sesak pula la. Sebab orang dewasa tak boleh masuk. Kalau anak sangkut macam mana? Haaa... itu la cabarannya. Tapi, jangan risau dorang mesti tahu cara lepaskan diri. 

Bila la jerebu nak reda.. Aku nak bawak dorang datang sini lagi. huhuhu. Sekarang memang tak boleh la. Bahaya. Ni pun dorang dah mula batuk2. 

Ok. nanti update lg... 



Post a Comment

6 Comments

  1. Taman permainan bagaikan heaven bagi kanak-kanak..sib baik kakak Dania dah besar...

    ReplyDelete
  2. Skang ni da byk playground yg konsep cerdik.
    Uji minda gitu...
    Yes la. Anak2 aida pun da merungut.
    Tak bleh kuar. Jerebu tebal :-(

    ReplyDelete
  3. bagus jugak kalau taman permainan berkonsepkan begitu.. take care kak.. jerebu dh teruk ni..

    ReplyDelete
  4. weh bestnyeeee!kat sini takde mcm ni lagi..ni kalau dapat kat hannah mmg taknak balik lah jwbnye..haha

    ReplyDelete