Cara buat Sagu gula melaka mudah

As salam... 

Semalam dapat juga makan pencuci mulut sagu gula melaka. Nikmatnya makan time panas2. Sagu pula sejuk. Kena tekak, fuhhh.... seronok baby dalam perut ni berjoget. 

Sebenarnya sebelum ni, aku pernah buat. Cuma rasa sagu tak best macam yang aku buat semalam. Semalam mmg rasa sagu tu sedap je. Rupanyaa ada cara tersendiri tau nak bagi sagu tu rasa sedap. Ok jom baca resepi dan cara aku buat sagu gula melaka ni. 

sagu gula melaka mudah 


Bahan-bahan: 

*Sagu
Sagu 1 cawan
Air 3 cawan 
Pewarna

*Kuah 
Santan 1 cawan  atau susu cair ideal
Gula melaka 1/2 cawan
Air 1 cawan 

Basuh sagu dan rendam seketika dengan pewarna .Masak dengan air sehingga putih jadi sedikit. Dah masak, tapis dan basuh dengan air paip buang lendir sagu. Kemudian, masukkan dalam acuan, sejukkan sebelum simpan dalam peti sejuk 

Jika guna santan, campurkan sedikit air masak dan secubit garam.
Jika guna susu ideal, boleh terus curah atas sagu. 

Gula melaka, masak dengan sedikit air sehingga pekat. Dan masukkan dalam bekas. 

Cara makan, sediakan sagu dalam mangkuk atau glass. Letak susu/santan secukupnya dan tambah air gula melaka. Sedia di makan macam tu je... =D senang kan... 

Ok, selamat mencuba... 


Post a Comment

5 Comments

  1. Tersejuk tekak tengok..

    First time makan, dah jatuh cinta..

    bertime2 makan, rasa nak selalu.. heee

    ReplyDelete
  2. senang dan sedap..memang suka makan sagu gula melaka ..lagi2 bila cuacapanas..sejuk je bila dia lalau kat tekak..ehheh

    ReplyDelete
  3. Patut la aku buat x sedap...lupa basuh sagu semula rupanya lepas rebus...hehehe

    ReplyDelete