kbba

Latest Posts

Homeschooling - Berlajar menulis dengan MHA

By 4:17 PM , , , , , , ,

As salam... 



Fuhh.... seharian mengemas bilik aktiviti anak, masa untuk menggunakan pula. Aku kemas2 gitu je. bukan nak mengecat apa pun. Biar nampak ruang tu je. Senang nak buat projek dengan hero kecik aku ni. Nak beria sangat pun bukan ada bajet. hiih. Asal ada. 

So, untuk memulakan aktiviti aku, aku beli siap2 buku2 latihan dorang. Especially untuk abang la. Adik bagi je buku biasa. Sebab confirm dia akan conteng punya. huhuhu. Aku beli 3 jenis buku. Suku kata - Bahasa Malaysia - Matematik. Buku jawi ada beli gak, tapi, cik man dorang menangis nak bagikan je. Nanti mommy beli yang lain ye. 

Mommy tak gigih google templete dan print. Bagi lin, senang lagi beli di book store macam popular tu. Tengok umur. Macam buku MHA umur 4-6 tahun. Lepas tu, ada stage pertama dan stage ke2. Mudahkan. 

Hafidh berlajar pegang pencil dan ruler 


dia tahu match tapi, tak reti letak ruler dan tarik guna pencil 


Macam kes Hafidh ni, aku kena latih dia menulis banyak2. Sebab dia sangat kekok untuk pegang pencil. Walaupun aku kidal sama dengan dia, aku pun tak reti nak ajar. Tapi, hari ni nampak positif dia.

becok. asal dapat conteng panggil. Asal dapat conteng panggil. 

adik buat art dekat buku latih tulis
Untuk Harris pula, aku bagi je buku dan pencil untuk dia latih pegang. Lepas tu, biar je apa dia nak lukis, tulis conteng. As long masa aku mengajar abang dia, tak ganggu. Walaupun asyik..... jerit2 panggil mommy... uhhuh 

Sebenarnya, masa untuk dorang berlajar ni, tak lama pun. Dalam 10 -15 minit je. Lepas tu dah mula buat perangai. Adik, dari dekat meja bawa buku turun tulis kat bawah. Abang, dari fokus terus mata melilau. Tapi, it ok. As long, sehari 2-3 kali homeschooling mereka, dah cukup bagus dah. Lama2 terbiasa. 

Macam pagi tadi, lepas mandi, terus ajak berlajar. 10 minit je. Lepas tu dia kata nak tengok ultraman. Jenuh la suruh siapkan lagi sikit tak kan nak punya. Fuhhh... itu la yang mencabarnya. Rasa aku kena banyakkan bersabar. Ajar anak kecik bukan mudah. Lagi2 ibu muda macam aku yang tahu semua nak cepat je. uhuhhu. 


You Might Also Like

1 leave a massage here...

  1. jenuh gak ekk nak homeschool ni.
    dulu aida time kakak2 kecil, gini la jugak.
    now ijat's turn mudah skit.
    sebab dah ada kakak2.
    dia suka nak belajar bila kakak2 belajar.
    but most of the time,mengacau !!!

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers