Rasa masakan ibu di Ummiza Cafe

As salam...


Mesti korang tak sabar nak tahu info lanjut pasal Ummiza Cafe kan, Hari Sabtu haritu, saja je lin pos lauk pauk yang mengiurkan kat FB dan IG. Ya Allah.. sedap wei.. lama tak pekena masakan kampung. Selalunya kat kenduri kahwin je. Itu pun selalu dapat yang tak cukup rasa. Tapi, di Ummiza cafe, masakan kampung nya sangat original dan tak rasa langsung sebarang MSG dalam masakannya. Rasa memang kena je dengan tekak lin yang agak cerewet ni. 

Ummiza cafe terletak di No 229, batu 29 Kampung Jenderam hulu, Sepang. Betul-betul di tepi jalan.

Jauh?? tak la. Ramai je kawan2 lin yang pernah ke sana dan bagi komen positif pasal cafe ummiza ni. Dan, ramai je kawan yang bekerja di Putrajaya yang menetap di Salak Tinggi akan lalu di hadapan Ummiza cafe. Dah memang terkenal dah kedai ni. 

Apa yang sangat lin puas hati pasal cafe Ummiza selain masakan kampung yang sedap, kedai ni sangat-sangat bersih. Lantai berkilat. Kebersihan memang tiptop. Jarang sangat jumpa kedai makan yang bersih sekarang ni. Nak makan, tak rasa was-was pun. Sink cuci tangan dia pun, bersih. Itu la benda pertama yang lin pandang bila pertama kali jejak kaki di Ummiza Cafe. 

jumpa sign ni, jangan lupa berhenti



interior ummiza cafe 

suasana tenang di ummiza cafe

Entrance ummiza cafe


Ummiza Cafe dibuka setiap hari kecuali Ahad tutup. Antara menu kampung yang disediakan pada setiap hari adalah: 

Ayam masak merah, Ayam kicap berlada, Ayam masak lemak cili api, Ikan kembung berlada, Ikan keli berlada, Asam pedas ikan, Sambal Udang petai, Sup cendawan, Gulai siput sedut, Gulai pucuk ubi dan macam macam lagi la... 

Baru baca macam terliurkan... ok meh nak berlanja gambar menu pula... ihihih mak buyong jangan salahkan hamba ye. 

ulaman, telur asin sambal belacan

sambal ikan bilis 

sayur kubis 

sup cendawan. Anak memang suka betul ni 

siput sedut. tak sempat rasa dah habis,,, confirm sedap sangat ni 


gulai rebung

sambal udang petai

ayam kampung masak lemak cili api 

sambal ayam 

ayam masak merah 


asam pedas

Terliur tak? Aku masa amik pic ni pun dah berjoget2 baby dalam perut. Huhuh... sabar baby.. makan juga kan... =)

Di Ummiza cafe, tempahan untuk katering hanya untuk 300 orang kebawah. Contohnya, majlis makanan keluarga. Kalau agak ada buat family day or gathering dengan keluarga jauh tu, order je kat Ummiza cafe senang, harga berpatutan dan dijamin sedap. Selain tu, untuk mesyuarat pejapat dan majlis ulangtahun. 

Pada yang berminat nak membuat tempahan, boleh la hubungi: 

Puan Nor- 019.668.2069
Ain - 0111. 060.2569
Instagram : @ummizacafe 



Selalunya, lunch time memang lauk cepat habis. Ramai yang datang makan tengah hari disini. Korang yang nak mencuba tu, cepat2 datang ok. 

Post a Comment

2 Comments