Misi potty train anak umur 2 tahun

As salam... 


Alhamdulillah.. selesai potty train Hafidh dengan jayanya.... 100% no more pampers. Lega. Tak payah fikir pampers hafidh habis... Tidur pun tak pakai pampers lagi. Dugaan memang banyak. Kadang tu, hilang sabar dibuatnya. Dah suruh kencing dalam toilet. Tapi tak buat. Kesudahannya bila berjalan, menangis2 nak kencing dalam kereta. Aduh.. Payah... Tapi itu semua dugaan buat kami la. Dalam pada asyik terkencing dalam seluar mesin basuh pula rosak. Ermmm... nak cuci tangan mommy kalau buat hari2 memang tak larat dengan perut yang semakin membesar. Fuhhh.... *lap peluh*. 

Itu cerita abang. Adik pula, baru bermula hari ni. Dengan azam, masa mommy dalam pantang nanti, senang la. Nak kencing dah pandai masuk tandas sendiri. 

harris rasa pelik... 


Hari pertama, memang tak berjaya la. Dia sendiri rasa pelik dengan diri dia yang tak pakai pampers tu. Asyik la pegang tang tu.. haahha. 2x terlepas dalam seluar... huhu bertabah la mommy. Nasib baik la dia dah stop botol. So, kencing tak banyak la. 

Bila dah basah seluar dia, dia pun kata... mommy... embusss... ayoyoyooo nak... penat mommy nak lap lantai, kemas ko. Sakit pinggang2 ni. Cepat pandai ok. uhuh. Now dia dah tidur. Aku cepat2 amikkan pampers pakaikan. Tapi, aku yakin dia tak kencing. Sebab tak minum pun tadi. Tapi, lagi selamat pakai kan pampers kan. 

Budak2 dah menido.. mommy up entry dan nak schedule few entry sebelum mommy pun rest. Letih betul hari ni. Siapkan design orang... uhhuhu. bila dah settle tenang sikit hati ni. 


Post a Comment

3 Comments

  1. Princess dh OK, tp kalau kena marah, kencing x sempat nak bgtau.sobs~

    ReplyDelete
  2. hahah...anak saya pun sama..memula rasa pelik.asyik la pegang sampai kena pesan jangan pegang..bila terkencing dia siap bagi tau.."ala..ibu..dah tumpah..."hehehhe

    ReplyDelete
  3. Mula2 mmg susah skett..tapi tak lama lagi ok la tu..kena sabar sikit yer mommy..hehee

    ReplyDelete