kbba

Latest Posts

Persiapan awal adik baby

By 4:14 PM , , ,

Assalamualaikum...

Salam petang Jumaat korang. Mesti seronok rasa tak sabar nak habis kerja hari ni kan... Esok cuti... ihihh. Sapa yang tak suka cuti. Aku pun happy hari ni Jumaat. Esok laki ada. Ehh... haha leh suruh dia tengok2 anak. Leh breakfast luar. Jemu pula asyik breakfast kat rumah je. hahaa. Baru seminggu aku berkurung wei. Keluar pun jirus pokok dengan basuh lantai luar je. Tak kuasa nak keluar.

Hari ni, sepatutnya aku nak buat buku pink di Klinik Kesihatan Beranang. Tapi, apakan daya.. laki membusy je. Terpaksa la tangguh. Nak pergi klinik biasa aku check up tu membazir la plak. Tak pasal beratus melayang. Baik aku beli breastpump. Lagi puas hati. Haha.. walaupun aku suri rumah... aku tetap nak pump susu wei. Kang merundum payoh la. Sayang. Pump lama tu ada. Tapi, aku tak tahu mana aku letak. hohho pindah rumah aritu entah mana je aku letak. Lagi pun banyak dah barang macam storage bottle semua dah buang, So, alang2 nak beli, baik beli baru je terus. Pakej sekali senang.




Dalam pada aku perah otak fikir nak beli apa lagi, aku terus kemas dulu barang2 abam yang adik boleh pakai. Kemas semua baju2 baby dan barang baby yang adik boleh guna. Walaupun jantina adik baby masih samar2. Tapi kita pakai je la apa yang boleh dlu ye adik baby. Nanti mommy topup barang baru sikit ok.

Play mate abam ok lagi. So adik dont worry. Play pen pun ok. Cuma tak pasang lagi. Tilam dan bantal pun ada. Cuma mungkin sarung kena beli baru. Kot la keluar nanti sesuai warna PINK kan... ohohoh. Mesti la nak pink2 sikit.

Bab baju pula, kena la beli sikit2. Baju romper banyak betul abam2 dia punya. Legging pula ada 4 helai je. Tu kena tambah. Mommy memang suka baby pakai legging ni. Comel. Baju malam pun kena beli lebih. Baju siang sikit2 je. Bila dah kemas dah susun apa yang ada dan yang tidak, senang nak beli barang. Lepas tu, terus buat list.

Last sekali.. meh tengok muka tukang sibuk. Dah kata baby punya sibuk gak dia nak duduk. ihihih. Budak ni suka sangat dengan baby. Harap bila baby dah keluar dia ok la nanti. Risau takut jeles je nanti.




Ok... nak sambung buat list. Nanti ada je terlepas pandang. Semua serba tak cukup pula.

You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. huh.. Allene.. dah berapa bulan ni baru nak buat buku pink? ak ke ni yg over excited dah buat awal gile.. ahhaha

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan sehingga bersalin nti :)

    ReplyDelete
  3. wow ok la tu.
    mcm cukup da :)
    best nyer buat preparation sambut baby. i like.
    memang excited!

    ReplyDelete
  4. itula pasal. rasa cm nk beli pump baru je. hahaha..yg lama ada mcm x best la. pastu byk part da ilang2

    ReplyDelete
  5. woaaa nak ada baby baru =) yahooo best best..
    take care yeee..

    ReplyDelete
  6. wahhh seronok tengok...moga semua selamat aamin..take care tau

    ReplyDelete
  7. bestnya teringin pulak nak ade baby lagi..ehh haha

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers