kbba

Latest Posts

Resepi bubur chacha mudah

By 3:25 PM , , ,

Assalamualaikum



Sekarang ni, bila pukul 3, otak dah sibuk fikir nak masak apa untuk petang. Goreng cekodok ke, lempeng ke?. Asal ada benda yang boleh makan. Nak kata lapar tu tak pun. Tapi, mulut ni asyik la nak mengunyah. Buah buahan dah standby tapi, baik makan waktu malam kan. Terjaga sikit berat badan mak yong ni. Takut pula tak pasal kena minum air gula nanti. Adehhh..  Jangan la ye. 

Bubur chacha ni, mudah je. Sama macam masak bubur kacang, pulut hitam dan lain lain. Cuma, kalau rajin, pulut dia tu boleh je nak buat sendiri guna tepung pulut dan rebus. Pun mudah gak. Cuma lin tak rajin nak buat. Beli paket segera je. Cepat sikit siap masak. 

Bahan untuk bubur chacha



Bahan-bahan 
- Santan kotak
- Gula pasir dan gula merah (ikut manis korang)
- Daun pandan
- Keledek 
- Sagu
- Bubur chacha paket
- Air secukupnya 

Caranya 
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau selalu dan jangan sampai santan pecah. Nak tahu dah masak ke belum, tengok sagu. Jika putihnya dah hilang dan keledek dah empuk. Itu tandanya bubur dah siap. Rasa dulu nak tambah gula atau tambah air. Siap! 

Mudah kan. Hasilnya tak sempat nak tangkap gambar. Tapi, gambar bubur chacha yang dah sejuk dalam peti ada. Fuhhh..  Makan yang sejuk lagi sedap... Yummm.   Yummyummm 
Bubur chacha sejuk 
Ok la... Selamat mencuba. Sedap tau. Hi hi ihihi 



You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. nampak sedap jugak bubur chacha :-)

    ReplyDelete
  2. betul..makan yang sejuk tu lagi sedap..yang panas ni letih nak tunggu sejuk baru boleh makan.kalau tidak pijar lidah...

    ReplyDelete
  3. Frankly speaking, aida x pernah makan bubur chacha.
    Apatah lg membuat nta, lin.
    Warna warni ekk :-)
    Mengundang selera betul...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers