kbba

Latest Posts

Resepi Churros yang mudah

By 10:27 AM , ,

As salam... 



Selamat hari Isnin semua. Jangan malas2 rajin.... !!! =D Kerja aku dah selesai. Kemas rumah. Tapi tak sampai sejam sepah balik. uhuh.. Pasrah. Ditambah dengan Harris kencing kat sofa. Tanpa rasa bersalah, pergi dapur cuci, masuk dalam mintak seluar baru. Sekali pandang sofa dah basah. huhuhu Bertabah la ye mommylin. 

Sabtu hari tu, Lin teringin sangat nak makan churros. Nak beli memang tak tahu mana nak cari. Makanya mari la kita menggoogle. Lin suka pergi blog Nana farhana. Cara dia masak semua mudah2, Hihih.. Sebab tu, kalau google.. mesti hujung ada letak nama nana. " resepi churros nana farhana" ihih gitu la contoh ayat google. 

So, jom lin share apa resepi tu. 

bahan buat churros 



Bahan-bahan seperti gambar di atas ye. Mudah sangat.

Tepung - 1 1/2 cawan
Gula - 1 sudu besar
Garam - secubit
Buttercup - 1 sudu besar
Essen vanila - 1 sudu teh
Telur - sebiji
Air - 1 cawan
Piping bag dan nozel bintang


Cara-caranya:

Didihkan air di atas dapur. Masukkan buttercup, gula dan garam.
Kemudian ayak tepung di dalam air didih tadi, kacau rata. Kacau sehingga jadi doh.
Jangan risau kalau rupa dia macam berderai. Biarkan sejuk sekejap.

Pukul telur dan essen vanila. Campurkan kedalam doh tadi. Uli menggunakan tangan.
Masukkan dalam piping bag dan pipekan.

Panaskan kuali dan minyak. Boleh terus pipe masuk kedalam kuali atau pipe kan dahulu dibekas lain. Mana2 yang senang la. Masa menggoreng tak lama pun. Jangan sampai hangus. Gunakan api sederhana.

Hasilnya???

churros ranggup cicah peanut butter dan caramel

Sos caramel tu, aku buat sendiri juga. Mudah sangat. Semudah ABC. Nanti aku share ye. Bye...
Selamat mencuba. Senang sangat ni. Rugi tak cuba.

You Might Also Like

8 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers