kbba

Latest Posts

Susun atur untuk ruang kerja di rumah

By 8:00 AM , , , , ,

As salam... 



Sebelum kemas bilik aktiviti MHA, lin sempat juga la kemas ruang bekerja di tingkat atas rumah. Ruang tu, agak lapang. Takkan nak buat ruang tamu kedua pula kan. Tak kuasa la. Nak kena beli sofa lagi, TV lagi, kan... hahaha I is tak mampu. hahah.... Tapi, jadikan ruangan membaca best. Tenang. Bagi aku, tenang dalam rumah ni, tak lama la... Anak2 dari bawah dah jerit2 nanti... " mommy... buat apa?? turun la... " gitu la ayat dia selalu guna. hahaha 

Macam sebelum ni, lin tak keluarkan bajet besar pun untuk ruang bekerja. Asal selesa dan ada tempat untuk letak segala document dan barangan cukup. Dan pastikan anak2 tak berani nak mengusik atau menyentuh barangan mommy dia. Sebab tu, pilih bilik aktiviti dorang sebelah tempat lin buat kerja. Senang pantau.

Tapi, sebelum tu, ruang ni sangat la messy. Fuhh.. Nak mengemas pening gak. Tu pun banyak lagi document tak filing. 

sebeluim - SOHO 


selepas - SOHO

Nampak macam serabut lagi. Mungkin lin nak guna kotak la untuk simpan semua benda. Tak nampak semaknya. Tapi, untuk masa ni, ok la. Janji selesa. Nak buat " busy book " anak2 pun senang. Dah nampak barang kat mana. Barang dagangan lain pun display je kat sini. Mana yang ada stock senang nampak terus.


Senang letak laptop atau mesin jahit nanti 

semua ada. Barang niaga, mesin jahit, buku , kitab dll 

Boleh la untuk sementara waktu. Ada masa kita kasi upgrade lagi. Nak duduk rumah ni, tak boleh la nak boros sangat. Masa kerja pula tak ada masa nak buat. Dah free ni, kita kena kumpul la duit sikit2 ye dok??

Ok mommy.. selamat menyusun atur ya. Rajin2 kan diri. Biar guna barangan murah, asal nampak kemas dan tak serabut. 

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. ok da tu allene.
    nampak kemas aje pada aida.
    aida masih tiada soho.
    takde ruang :(
    rumah baru nanti wajib cari ruang utk diri sendiri!

    ReplyDelete
  2. Ok dah ni for a start.. Kipidap mommy! :D

    ReplyDelete
  3. sesejak duk umah ni..kemain dia tu hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Kena pastikan anak x usik smua tu... kang terus jd mak singa... hahaha

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers