Tuan Anas Mikael - review

Assalamualaikum....  


Korang perasan tak iklan cerita " Tuan Anas Mikael " kat astro?? Haaa...Aaron Aziz heronya tu. Aku tengok je iklan dia terus tak tentu arah nak cari novel tu. Tak boleh jadi ni. Kena baca cepat. Nanti sakit hati tengok cerita tak tahu jalan cerita. Hahaah

Aku ada Follow penulis buku ni syamnuriezmel di instagram. Dia pun pernah bagitahu drama akan keluar di astro. Tapi, tak sangka secepat ni. Excited terlebih mak yong ni wei... Huhu...



Sinopsis cerita: 

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa,jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Masalah, Anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani latihan yang disediakan.  

Bagi aku, cerita biasa tapi, penuh lawak jenaka. Asyik gelak aku baca. Ishhh... Sape je la heroin cerita ni mesti kena lawak dan bersahaja juga orangnya kan... Baru kena. Biasanya cerita kak syamnuriezmel ni, tak berat. Santai je. 

Sapa yang belum dapatkan, cepat dapatkan.  Conform korang suka. Banyak dah buku penulis ni aku beli dan kumpul. Best Best semuanya. 

Sapa belum baca baik baca. Heheh Ok la. Good nite.  

Post a Comment

2 Comments

  1. Tergoda nak cari novel citer tue...tiap2 hari tengok iklan kat tv..mesti best sbb ada abg aaron

    ReplyDelete
  2. Yup aida tgk iklan nyer.
    Menarik gaks tu...

    ReplyDelete