kbba

Latest Posts

Bila anak terlebih emosi

By 11:12 AM ,

Assalamualaikum.... 



Tersandar keletihan lepas cuci ikan. Huhu. Sekarang ni, cepat betul mengah  mungkin badan makin gemuk. Yalah, last check up aritu 70kg dah. Memang macam penguin bila berjalan. Nak tunduk amik barang pun tak boleh. 

Nafsu makan menjadi2.  Lepas ni, kalau nak kurus susah mati la Mommy. Huhu dah la duduk rumah je. Kalau kerja ada gak naik turun tangga.  Kalau duduk umah naik tangga gak, tapi ikut suka nak naik kan. Kena pantang btul2 ni lin. Jangan main2. 

Bila mood tak baik


Asal petang je, aku ngidam macam-macam. Kalau dah tak ada apa nak buat, paling cikai buat buat cekodok atau jemput jemput. Laris je bila makan dengan anak2.  Sampai berebut. Hari tu,  masa makan dengan anak2 hafidh buat perangai. Letak semua cekodok dalam mangkuk dia. Aku pun selamba je la amik balik. Baru masuk mulut kena rampas semula dengan hafidh. Tak sempat kunyah pun. Terkejut aku. Tergamam pun ada. 

Harris pun jadi saksi masa tu. Hafidh siap cakap, kenapa amik dia punya. Aku pun malas la layan. Harris terus marah hafidh. Kenapa amik Mommy punya? Sambil air mata bergenang. Mungkin dia tengok aku macam tergamam bila makanan kena rampas. Sambil nangis, Harris pujuk Mommy dia. " nah mi.. Amik Harris punya"....

Huaaaa... Touching gila aku tengok Anak menangis sebab Mommy tak dapat makan. Beria Harris nangis. Sampai aku pun nangis gak. Padahal, tak ada apa pun. Napa dia emosi sangat ni. Alahai anak.... Dalam ganas hati lembut gak. 

Harap2 perasaan murni tu kekal sampai bila2 ye. Mengandung ni, Mommy pun memang mudah emosi. Huhu. 

You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. Emosi masa mengandung kadang2 tak ley blah difikirkan balik. Haha. Tapi, enjoy it!

    ReplyDelete
  2. alahai syg...
    dia syg mama dia ler tu :)
    yes. moga sifat ikhsan dia tu berkekalan hendak nyer.

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers