kbba

Latest Posts

Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall

By 8:00 AM , ,

As salam...


Sapa suka makan kambing?? mesti ramai kan. Dulu orang selalu sangat kata, makan kambing darah tinggi la.. itu la ini la. Tapi, kita lupa itu la daging yang paling sedap dan elok untuk kita makan. Husband pun suka. Eh.. dia memang "hantu" kambing la. Sebab tu, bila ada peluang review "Cafe Cerita Kambing" aku laju2 nak join. 


Cafe Cerita Kambing ni, terletak dia Anggerik Mall Shah Alam, Selangor. Naik je escalator amik kanan. Haaa.. Terus leh nampak Cafe Hangat ni. Senang je nak cari. Sesuai sangat untuk datang makan lunch kat sini. Persekitaran besar, selesa dan yang penting bersih. Harga pun sangat la berbaloi. Nanti lin cerita. 

Owner cafe cerita kambing, Chef Zakaria ni mulakan perniagaan Cafe ni, awal tahun 2015. Sebelum ni, En. Zakaria menjalankan perniagaan catering. Endau Beriyani Caterers. Siapa tengah cari catering, memang lin rekemen kan sangat. Untuk akikah pun boleh. Harga memang standard rate la. Cafe ni ditubuhkan pun untuk pelanggan Chef Zakaria datang untuk merasa sendiri masakan mereka. Mudah kan. Lokasi cafe yang strategic dan selesa untuk para pelanggannya. 









Antara menu yang ada pada hari tu, Nasi Beriyani kambing, Ayam masak merah, Acar timun, Laksa Johor, Mee Jawa dan macam macam lagi. Fuhh... semua aku rasa. Sebab tu, check up naik 2kg hari ni. hohoho. Untuk pencuci mulut pula, ada ubi rebus cicah sambal ikan bilis dan kelapa parut. Sedap oiii... Teringat ingat lagi ni. Dan tak lupa juga pengat pisang dan kuih koci.

Harga untuk Laksa johor dan Mee Jawa RM5 Untuk kambing bakar pula RM 12. Murah kan. Lepas ni, dah tahu la kat mana nak makan kambing yang sedap. Memang D on je kalau ajak pergi ni. ihihih 





Inilah chef nasi Beriyani yang ummmppphhh tu. Chef Zakaria.  


Pada yang ingin membuat sebarang tempahan catering, boleh la hubungi beliau atau isterinya.

Chef Zakaria: 011 3176 0227
Puan Aziah: 019 2816 308
019 3531 320 Whatsapp

Facebook : 

Pesta Makanan 2015

Untuk kaki makan, atau korang ada kelapangan, boleh la datang ke pesta makanan 2015 di Shah alam ni. Pelbagai hidangan dan sajian untuk santapan korang. Jangan lupa. Rugi tak datang.

Bertempat : Anggerik Mall Shah Alam
Masa: 27 -29 November 2015 (10 pagi - 8 malam)
Anjuran: Cerita Kambing Food and Event Management



Akhir sekali, jom bergambar beramai2. Terima Kasih Aben dan team Kelab Blogger Ben Ashaari. Rezeki mak yong dapat join event kali ni. Terima Chef Zakaria dan isteri juga. Dan semua sahabat.



You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. memang puas hati makan kat Cafe Cerita Kambing.. Kena datang lagi ni..

    ReplyDelete
  2. sedapkan puas hati ,tengok budak2 makan pun.berselera je hehhehhe

    ReplyDelete
  3. jgn x dtg masa pesta makanaan mggu depan..rugii tau!
    Menu kambing terbaik dari Cafe Cerita Kambing

    ReplyDelete
  4. Kambing masala dye mmg trbaik kan?? Hehe

    ReplyDelete
  5. Owne cafe ni peramah.. Suka suka suka.

    ReplyDelete
  6. aida ternampak laksa johor, allene :)
    best nyer kalau dpt rasa.
    susah nak dpt kat melaka ni :(

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers