kbba

Latest Posts

Homeschooling - Aktiviti luar rumah

By 8:12 AM , , , , , ,

Assalamualaikum...



Akhirnya...  Rajin juga bawak anak2 main diluar rumah. Tapi, tak lama pun. Adalah dalam setengah jam lebih. Kebetulan, lin nak basuh porch depan rumah. Alang2 tu, bawa sekali anak2 main air. Sambil tu, perati la apa yang mereka boleh belajar dari bermain air.





Awalnya mereka ni, teruja sangat. Lagi2 lin keluarkan pet mereka. Si Don. Kura2 yang makin membesar tu. Takut nak pegang dah. Seronok la dapat main dengan Don.  Sambil cuci akuarium si Don tu, bagi main sekali dengan Don. Letak dalam besen besar,  masukkan sekali mainan lain, lagi seronok main.

Sambil tu, lin perhatikan mereka. Takut mereka yang masuk dalam besen tu sekali, mandi sekali. Hahaha anak2 akal banyak. Tapi, alhamdulillah...  Mereka Ok je. Main tak ingat nak masuk dalam rumah.

Harris pula kerja asyik cedok air, masuk dari bekas sana ke sini. Hafidh cedok air, buang kat longkang. Bagus juga dia bebas main air macam ni. Kalau dalam bilik air, tak terpantau kita. Lagi pun licin. Kat luar, senang sikit.


Apa yang ada je, Mommy campak. Bagi nampak meriah kolam dia... Hahaha


Sebenarnya aktiviti begini boleh meningkatkan fokus anak2 juga. Sesuatu yang mereka minat dan akan leka. Jadi, mereka akan beri 100% tumpuan.  Sambil bermain, mereka belajar skill baru. Ini yang lin nak fokus kan sebenarnya.  Sebab setiap kali lin buat class mengajar mereka tak berapa fokus. Mata asyik la melilau pandang sana sini.

Mommy lain, boleh cuba cara ni. Anak seronok dan boleh belajar sesuatu. Tapi ingat, jangan biarkan mereka main tanpa pantauan orang dewasa. Bahaya, licin lantai... Tak pun boleh jatuh dalam air.

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. bagusnya..jadi anak-anak tak bosan kan bila ada aktiviti kat luar ni

    ReplyDelete
  2. heaven ni kalau aida bagi peluang kat anak2.
    kakak-kakak yg da besar tu pun nanti jadik baby baby semula excited main air :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. Aktiviti m3narik utk anak2 kan..budak2 mmg suka main air..kat bilik air sy penuh dgn toy kalo anak sy mandi..haha..dok apartment nie bilik air jelah kalo nak main air 😅

    ReplyDelete
  4. pendedahan kt luar mcm ni mmg bagus utk anak2 kan alin..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers