kbba

Latest Posts

Homeschooling - Tip untuk Anak belajar FOKUS

By 8:00 AM , , , , , , , ,

Assalamualaikum...



Rasa rasanya ramai ibu bapa yang mengalami masalah anak tak fokus bila kita mengajar mereka sesuatu.  Betul tak? Budak, dunia dia bermain. Bukan belajar. Belum masa nak belajar pun. Tapi, kalau sampingan tak salah. Dapat sehari 10 minit jadilah kan. Yang penting mak bapak rajin. Jangan culas. 

Isu fokus pada kanak kanak memang dah biasa. Sebab itu, lin cuba cari mainan homeschooling yang boleh membuatkan mereka fokus. Leka dan ralit dengan sesuatu aktiviti itu. Antara aktiviti yang lin dah bagi anak anak cuba adalah yang ni.





Mainan masukkan straw dalam benang. Kalau kita pun, susah nak masuk jadi gian, akan cuba... Cuba... Dan cuba. Sama juga la dengan budak. Bila kita bagi contoh semuda abc, dia pun akan anggap mudah. Tapi, bila tak berjaya... Mereka akan cuba sampai berjaya. Bila dah berjaya tu, bagi la semangat dan kata pujian. Baru la semua aktiviti kita dengan mereka jadi seronok.




Bila dah buat banyak, lin akan ikat dan jadikan gelang. Lepas tu simpan untuk koleksi art mereka. Ada la dalam 3 gelang.

Bila dah bosan dengan aktiviti ni, lin suruh mereka cucuk straw dekat bakul pula. Gigih masing2 cucuk. Lawak pun ada.




Mainan simple dan boleh membantu Anak dalam belajar FOKUS. Selamat mencuba. 

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. nak try jugak la..tak terfikir nak buat selama ni...tq sharing lin...

    ReplyDelete
  2. untung la anak2 ada mommy dok umah.
    homeschool all the way.
    jeles aida ni tau, allene :)
    anak-anak aida xde sgt buat gini. ibu kekangan masa (pengakuan!!!)...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers