Progress potty train Harris

Assalamualaikum...


Dah sebulan lebih aku duduk rumah. Banyak juga misi dah tercapai. Anak-anak dah Free bottle. Susu pun minum dalam cawan. Itu pun bila dorang request.  Hafidh 100% free diaper. Malam pun tak risau dah nak pakai kan pampers. Dah reti semua. Alhamdulillah. 

Now, masa untuk latih Harris pula. Awalnya susah amat. Sampai aku menangis sebab stress asyik kena mop lantai, basuh seluar kencing. Tapi aku tak boleh mengalah. Gigih aku ingat kan Harris kencing kat toilet. Berpuluh kali pesan. Berkali kali keluar masuk tandas suruh dia kencing.




Selalu gagal. Mungkin sebab preggy ni, mood lebih sensitif. Asyik menangis. Cengeng. Pernah tu, aku marah Harris, dia terus kencing. Padahal baru je tukar seluar. Kat situ juga aku terduduk dan menangis. Dengan Harris pun nangis sedu sedan. Macam rasa bersalah sangat. Mungkin aku penat. D dah pesan, tak larat pakaikan je pampers. Tapi, aku tak nak la usaha aku sia sia.  Apa guna aku duduk rumah tapi, anak aku still pakai pampers. 

Settle kemaskan Harris aku duduk diam tenangkan diri. Nak pukul tak sampai hati. Dia tak tahu apa pun. Tapi, alhamdulillah....  Allah permudahkan aku. Hafidh banyak membantu.  Mesti pelik kan. Tapi itu yang berlaku. Aku ni nak bangun duduk sakit2 pinggang.  Bukannya boleh agresif sangat. Slow je kalau berjalan. Bila nak bawa Harris pergi tandas memang lambat. Nasib ada hafidh. 

Hafidh la yang akan bawa adik dia pergi tandas. Dan Make sure Adik dia keluarkan air dan cuci adik dia. Kalau tak, dia akan report kat Mommy dia ni. Adik tak nak cangkung ke, adik tak keluarkan air kencing ke... Macam2. Tapi, ada masa dia malas gak. Aku buat muka sedih la.. Nanti dia tolong... Hihihi... Sapa lagi nak mintak tolongkan. Alhamdulillah.... 

Sekarang Harris dah tahu kencing kat tandas. Dah reti rasa nak kencing macam mana. Dalam minggu ni pun sekali dua je terlepas. Tu pun sebab leka main. Tapi, bab poo belum lagi. Memang dia bagi je. Jenuh Mommy mengutip nak... Huhu... Tak pe, baru sebulan. Hafidh dulu pun lama juga... Hihi. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Sesungguhnya seorang ibu itu dikurniakan hati yang sabaaaarrrrrrr..... hehhehehee.. apapun, tahniah.. ;)

    ReplyDelete
  2. Bagusnya la abang dia..dah besar dah sampai boleh mintak tolong..ehheeh..anak saya umur dah 3 tahun dok pakai pampers..heheh...dulu dah latih dia ke tandas..dia pun ok je ikut..lama2 dia bagitau sendiri dia malas .siap kencimg depan saya lagi..last2 ayah dia kata pakai kan je pampers kalau dah dia cakap gitu..kena jugak la cubit sedas dua das..geram..hahah

    ReplyDelete
  3. Aifa agak lewat cerai drypers kan ijat.
    Baru start.
    So far dia ok. Kat taska pun dia ok.
    Kecuali terbabas berak dlm seluar 2-3 kali!!!
    Dugaan kan :-)

    ReplyDelete