Resepi puding jagung mudah

Assalamualaikum...


Minum apa petang ni?? Hihi... Nak idea tak?? Apa kata buat puding jagung. Dah siap simpan dalam peti sejuk. Nak makan, keluarkan makan masa sejuk. Fuhhhh nikmatnya sampai ke tekak, lalu kat perut. 

Dah... Jangan risau. Kalau la mommylin yang bagi resepi, confirm mudah je. Senang sekelip mata siap. Tak caya? Meh tengok bahan-bahannya




Senangkan bahan dia. Kalau pergi giant atau TESCO semua dah ada dah. Tinggal nak amik je. Tepung nona hoen ke ni, ada banyak warna. Jangan amik warna lain pula. Kang tak jadi puding jagung. Amik warna kuning. Dan,  tak payah risau. Dia siap kan resepi sekali kat belakang tu. Tiru je. Hihihi.

Cara masak pula. 

Masukkan semua bahan dalam periuk kacau sehingga likat. Api sederhana je. Jangan kuat sangat tak larat nak kacau nanti. Bila dah likat, baru angkat dan masukkan dalam bekas. Tak kesah bekas apa pun. Nak cantik masuk bekas bentuk2 tu. Haaa... Display masa makan atau buat gathering terliur sikit. 


Jeng jeng jeng... Dah siap. Tinggal nak sejukkan dan masuk dalam peti sejuk je. Malam daddy balik kita makan sama2. Petang ni,  kita makan sekerat je ye. Bagi rasa teruja. :p

Jangan lupa mencuba tau. Senang je ni. 

Post a Comment

3 Comments

  1. OK..yang mudah2 boleh la kita try...
    sedap pudding jagung

    ReplyDelete
  2. aida pernah buat puding jagung ari tu.
    ntah nape tak post dlm blog :) hi hi hi...
    mr.asben yg request....

    ReplyDelete