kbba

Latest Posts

Setiap kejayaan, tidak ada jalan pintas

By 9:15 AM ,

Assalamualaikum.... 



Selamat pagi Jumaat yang barakah.... Alhamdulillah... masih bernafas kita hari ni. Terasa panjang sangat minggu ni. Tapi, rasanya lin tak isi minggu ni dengan penuh. Banyak lopong. Almaklum la. Orang mengandung mood kejap rajin, kejap malas. Kejap semangat kejap terasa jatuh. Allahu... 

Anak2 dirumah alhamdulillah sihat. Kadang menguji, kadang bermanja. Aishh... itu la masam manis kehidupan. Begitu juga dengan kerjaya. Kerjaya baru lin Masin mentah. Masih terlalu muda dan masam. Belum masak ranum lagi. Semakin hari, semakin pening kepala memikirkan apa yang akan terjadi bila tiba awal bulan hadapan. Mampu ke meneruskan kehidupan tanpa gaji tetap? InsyaAllah selalu la berdoa. Selalu la meminta padaNya. Sikit atau banyak, dia yang tentukan. 

Setiap hari, tanamkan dalam diri. Jadila lebih baik dari semalam. 


Kehidupan yang lebih tenang dan selesa bakal menanti dihari akan datang. InsyAllah. Biar mereka berkata, yang penting.. kita yang melaluinya. 

Semoga rakan lain juga penuh semangat dalam menempuh kehidupan seharian. Good luck semua. Yang penting ingat Allah. Ingat rezeki setiap manusia tak sama. Ingat, kita hanya sementara... Selagi hidup teruskan kehidupan seserdehana mungkin. Rasullullah yang dijanjikan syurga pun gigih beribadat mengejar redha Allah. Apatah kita lagi yang entah kemana hujungnya. 

Salam Jumaat semua. Selamat bercuti. 
Nah lin bagi semangat lagi di link ni. Semoga diberkati. Amin... 



You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. InsyaAllah dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  2. betul tu kak.. kena usaha baru boleh berjaya ^^

    ReplyDelete
  3. hari ini adalah kesinambungan hari semalam ^_^

    ReplyDelete
  4. selamat brhujung minggu, lin...
    aida weekend ni nak gi jgh anak2 kat kl.
    yahoooo...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers