Akibat paksa anak tidur

Assalam...

Dah jadi suri rumah, kena ada misi visi sendiri. Selain mencari dan memerah idea untuk membuat Business dari rumah, didik anak juga dah jadi tanggungjawab lin. Berat rasanya bahu ni. Lin bukan lah orang bijak pandai yang dulunya sentiasa mendapat anugerah dekan. Hanya pelajar biasa. Yang lulus takat paras hidung je. Nak didik anak sendiri memang mencabar. Sebab tak berapa pandai dan kreatif. Untung ibubapa yang hantar anak berlajar dengan orang yang sepatutnya. Mereka akan terdedah dengan cara yang betul .




Bagi lin, apa yang dibaca, lin cuba praktis kan pada lin dan anak2. Mana yang sesuai akan lin terus kan dengan cara itu. Jika tidak, lin cuba cara lain. Begitu juga dengan kehidupan dan rutin seharian mereka. Lin cuba biasakan rutin mereka sedari kecil. Rasanya bila dah sekolah baru nak kejut bangun pagi, macam tak sesuai pula. Mesti mereka liat. Tak dinafikan ada yang kata, jangan kejut budak tidur. Tapi, sampai bila? Mungkin bawah 2 tahun, tak ada masalah. Tapi, bila meningkat umur 3 tahun dan keatas, rasanya dah boleh didik mereka rutin yang membuatkan mereka terbiasa dengan masa dan waktu. 

Hafidh memang dari kecil, dia terbiasa bangun awal. Mungkin sebab dulu awal pagi lagi lin dah dukung dia untuk hantar ke rumah pengasuh. Bila dah keluar terjagalah dia dari tidur. Begitu juga Harris. Tak terniat pun nak kejut mereka awal2 gitu. Bila dah terbiasa bangun awal, dia terbiasa juga mandi awal. Nak tak nak ikutkan juga. Jika tak, lewat la lin dan D nak pergi kerja. Itu la yang berlaku lebih dari 3 tahun. 

Lepas tu, lin nekad, nak jadikan semua ini rutin harian mereka. Sejak duduk rumah, pukul 7 pagi atau 6:30 pagi, mesti hafidh akan bangun tanpa dikejut. Dah terbiasa la kot. Harris pula lin kejutkan. Bukan apa, nanti bila dia bangun lewat dia akan tercari cari daddy dia. Sedih pula dengar dia merintih. Kalau mereka bangun awal sama2, boleh ikut daddy pergi beli sarapan pagi naik moto. Itu la rutin mereka. Selesai segala aktiviti, sarapan, mandi, tengok TV, homeschooling mereka akan tidur lagi. Asyik tidur je kan.... Huhuhu tapi, itu la yang sebaiknya. Lin pernah baca, sejam sebelum zohor elok tidur. Memang dorang lena je sampai pukul3. Kadang pukul 2:30 dah bangun. Ikut tahap aktif mereka pagi tu la. 

Lin lagi senang macam ni. Awalnya memang susah nak kena paksa. Sebab lin tak tahu dulu masa tidur mereka di rumah pengasuh. Jadi lin atur cara lin sendiri. Cara paksa mereka tidur mudah je. Tutup TV redupkan rumah, macam turunkan langsir. Memula dulu memang amik masa sampai 15 minit. Lin pun kena korbankan masa lin mengadap mereka, sampai lena. Awal2je. Lepas seminggu, tak suruh tidur pun dah tertidur sendiri. Pernah adik tidur sebelah mesin jahit lin sebab tunggu lin habis menjahit. Lena sangat dia. Bila petang, lepas makan mandi tengok TV mula kelas mengaji. Itu la yang berlaku selalu. Malam paling lewat pukul 10 atau 11 untuk hujung minggu baru mereka tidur. 

Setiap kali keluar, lin perhatikan mereka pukul 12 Tengahari je mata dan mood dah lain. Sebab rutin mereka. Memang memudahkan kita. Jadi, cuba praktis dengan anak mommy lain pula. Cuma pesan lin, kena la ajar dari usia kecil, dah besar susah sikit. Macam abang dia, memang liat dan suka tahan mengantuk. Tidur untuk anak kecil ni, banyak kebaikannya. Bila mereka cukup tidur, otak cergas. Apa yang mereka berlajar senang masuk. Pekembangan otak semasa tidur juga memainkan peranan. Otak mereka akan berputar dengan segala aktiviti yang mereka lakukan dan tonton sebelum tidur. Cuba la didik dan atur waktu tidur anak. Walaupun cara paksa, lama2 mereka akan terbiasa. Sementara anak kecil dan senang untuk didik. 

Bab TV pula, cuba bertegas, jangan sampai mereka lebih utamakan TV dari tidur dan main. Macam lin, dulu memang lin manjakan dengan TV. Dulu kerja, mungkin nak rehat atau masa lebih untuk uruskan rumah dan diri, lin biarkan mereka layan TV je. Asal lin boleh buat kerja lin dan tak ganggu rutin lin. Tapi sekarang bila ada masa lebih, lin ubah. TV hanya tengok waktu tertentu. Waktu lain, tidak sama sekali. Mereka mengangis, menjerit? Biarkan. Lama2 diam. Itu la yang lin buat. Sekarang dah tak heran. Bila tak dapat tengok TV, mereka main. Macam2 dibuatnya. Kita pula gelak tengok aktiviti mereka. 

Jadi marilah kita paksa anak tidur untuk kebaikan mereka. ;) 

Post a Comment

5 Comments

  1. mmg kena paksa anak2 tido sbb kalau tak tido lg dia mragam sbb letih main :)





    DAH JOIN GA PS IKEA PERLIS?
    KALAU BELUM JOM JOIN GA
    BANYAK HADIAH YG MUDAH BAKAL DIMENANGI :)
    http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html

    ReplyDelete
  2. wah..sama dgn KG...bukan saja pasal masa...pasal kebersihan pun perlu di didik sedari kecil...kan lin

    ReplyDelete
  3. bagus la tips ni. anak anak saya bangun awal & siang susah nak tido. malam kdg2 tido awal kdg2 lambat jgk. bab tv tu betul sgt. kena tegas. kdg2 sampai menjerit, meraung nak tgk tv. mak dia buat buat tido je.. haha

    ReplyDelete
  4. mencabar jugak nak jaga dan didik anak2 ni ye...huhuh

    ReplyDelete