kbba

Latest Posts

DEMORA intensive skin repair - produk wajah berasaskan botanikal.

By 11:28 AM , ,

Assalamualaikum....


Untuk follower instagram @allene_mommylin mesti korang ingat lin pernah pos gambar selfie bersama produk Demora. Alhamdulillah.. Dah 3 minggu penggunaannya. Jadi, hari ini lin nak share la hasil dan kesan dari produk yang berasaskan botanikal ini.



Demora adalah set penjagaan muka yang memfokuskan untuk merawat kulit bermasalah seperti kulit kering, bintik hitam dan mengecilkan pori diwajah.  Demora terhasil dari bahan2 semulajadi seperti ekstrak bunga saluran, ekstrak bunga paeonia dan akar ginseng yang berkualiti tinggi untuk kesan terbaik.




1 set Demora terdiri daripada mild cleansing bar, skin perfecting toner, CC cream, serum intensive repair dan floral mask.

Mild cleansing bar, sabun muka yang banyak buih. Letak sedikit air sahaja dah mencukupi. Bau yang wangi terasa macam di Spa plak. Tak memedihkan mata. Kulit terasa segar dan halus lepas menggunakannya. Kemudian, lap muka sehingga kering, lin guna pula skin perfecting toner. Specialnya toner ni, lin spray direct ke tapak tangan kemudian dap dapkan je di muka. Serum intensive repair ni pula, boleh digunakan waktu siang dan malam. Kalau siang lin guna sebelum apply CC cream. Serum ni, boleh mengecilkan pori dan parut. Bila pakai, elok je serapan kemuka. Tak melekit.



CC cream ni, tak perlu lagi nak pakai foundation muka. Cream ni ringan je kat muka bila disapu. Dan yang paling best, cream ni, takkan masuk ke dalam ruang pori yang terbuka. Kulit wajah akan lebih halus je. Perasan cantik terus tau. Kemudian tak perlu pun sapu bedak. Nampak Natural je muka. Cuma calit celak dan lipstik. Dah boleh keluar rumah. Hihih.

Set Demora juga didatangkan sekali dengan Masker floral. Seminggu boleh guna sekali atau dua kali. Lin biasa guna waktu siang. Tak kerja kan. Senang la nak guna. Waktu malam takut terlajak sampai pagi pula. Kulit rasa lebih lembut lepas sapu masker ni. Cuma penggunaan tu, kena rajin la ye kawan2.


Kebaikan produk Demora:-

1.Mencerah, memutih dan menggebukan kulit.
2. Melembap dan menaturalkan ph balance.
3. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
4. Mengecilkan liang pori yang terbuka.
5. Menegang dan menganjalkan kulit.
6. Membuang lebihan minyak.
7. Membuatkan tekstur kulit lebih sekata.


Seronok sangat dapat mencuba set Demora ni. Harga pun mampu milik. Rm149.90 . Kalau ada kawan2 yang berminat, boleh la tengok di FB dan ig Demora ye.



Facebook: Demora Beauty HQ
Instagram: DemoraSkinRepair
Whatsapp: 019 232 1580

Kalau korang tak percaya, boleh singgah ke FB Demora, banyak sangat feed back Customer yang semuanya memberikan testimoni yang memberangsangkan. Jom cantik sama2 dengan Demora skin repair.

You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. Best produk nie.. sepanjang penggunaan tade pengelupasan kulit pn.

    ReplyDelete
  2. muka mummy ni ha banyak gak bintik hitam ! Boleh cuba set bintik hitam tu...nmpak menarik je hehehe

    ReplyDelete
  3. Demoraa .. bru dengar. Nti try usha usha info.. heheh menarik

    ReplyDelete
  4. bagus nyaaa product ni. boleh try nanti.

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers