Rahsia jantina baby ketiga

Assalamualaikum....


Esok tahun baru. Hari ni baru baru nak cerita pasal jantina baby. Almaklum la... Check up di kerajaan mana dapat scan selalu. Scan pun nak pastikan berat baby dalam perut. Bukan sebab nak tahu jantina. 

Sebelum lin mula Check up di kk beranang. Lin check up di swasta. Masa tu last check up 6 bulan. So, sempat juga la doctor intai jantina baby. Almaklum la... Kalau nampak kira rezeki. Tak nampak nak buat macam mana kan... 




Rasa2 lin tahu tak boy ke girl dalam perut ni? Haaa... Masa last scan di swasta, jenuh gak cari jantina baby. Tak jumpa. Kalau berdasarkan kes abang2 baby ni, asal scan terkangkang. Confirm nampak dengan jelas. Tapi, yang ni non hado. Mommy dan doctor tak jumpa pun. Masa tu kan... Suspen... Debor je jantung ni. Bila doctor scan bawah bontot baby, doctors kata, insyaallah girl. Senyum sampai ke telinga mommylin ni oiiittt... Confident bagitahu semua orang dalam ni baby girl. Hahahaha. 

Tapi, betul ke baby girl??? Lin pujuk D ajak scan 4D. Tapi dia tak nak. Pesan dia... Jangan mengharap. Sedih. Sebab selalu scan girl potensi besar keluar boy terlalu tinggi. Mungkin scan tak jelas kan. Ditambah kan pula, bila scan di kk, asyik main kepit je baby dalam perut ni. Doctor pun tak boleh bagitahu jantina baby. Lagi pula bila orang sekeliling main teka teki berdasarkan bentuk Perut. Ramai teka perempuan.  Ada juga teka lelaki. Huhu... 

Lama2 aku redha je la. Lelaki ke perempuan tetap Anak kami kan. So, kalau keluar lelaki tahun depan aku beranak lagi. Hahhaah. Apa ada hal, kan tak kerja. :p 

Barang baby tak banyak pun beli.  Banyak pakai barang  abang2 dia je. Kalau ada pun, beli sikit. Tu pun lin selit warna Pink dan purple. Hahaha nasib la nak kalau keluar boy..  Masa kecik je pakai... Tak salah pun..


Post a Comment

0 Comments