The Parenthood - 1st London Street Family Park in Malaysia segalanya ada disini

Assalamualaikum...

The Parenthood pusat hiburan dan "one stop center"  untuk keluarga. Istimewanya The Parenthood ini terletak didalam pusat membeli belah di tengah bandar Kuala lumpur, Sunway Putra. 1st London Street Family Park in Malaysia ini terletak di tingkat 2, akan dibuka sepenuhnya pada 5 December 2015. Hari Sabtu ini lah. Apa lagi, jom ramai-ramai kita serbu The Parenthood.





Sabtu lalu, lin dan keluarga berkesempatan ke blogger conference, di The Parenthood.
The Parenthood memenuhi ciri-ciri kehendak IbuBapa moden dizaman ini. Kehidupan yang serba sibuk, dan kekangan masa dapat diatasi dengan konsep yang diketengahkan di sini. Semuanya ada didalam ni. Boleh membeli belah dan pelbagai perkhidmatan untuk anak dan IbuBapa. Yang paling menarik, My kingdom indoor playground by The Parenthood untuk anak kecil seawal 12 bulan hingga 12 tahun.


Suasana meriah semasa blogger conference . Ramai mommy dan daddy blogger yang hadir. Pelbagai soalan yang diajukan. 

Dengan suasana seakan berada di kota London, dan pelbagai elemen serta design yang menarik, The Parenthood mempunyai pelbagai kedai yang menjual barangan keperluan bayi, kanak-kanak dan juga ibu. Selain itu, kelas untuk anak-anak juga disediakan, seperti kelas art, untuk mengasah kreativiti anak kecil. Ada juga pelbagai aktiviti dari akademik sehingga ke sukan dan hobi. Di dalam My Kingdom playground terdapat pelbagai jenis aktiviti antaranya: 

  • Trasure hunt
  • Flying Fox 
  • Spider tower
  • Transparent spiral slide
  • Multiple slide
  • Ball pit tunnel
  • Play bridge 
  • Video game 

Yang menariknya segala aktiviti dalam My Kingdom playground by the parenthood ini IbuBapa juga boleh turut sama bermain dengan anak mereka. Seronok kan.


Harga untuk tiket masuk: 

Hari biasa Rm35 seorang + seorang penjaga
Hari cuti RM 45 seorang + seorang penjaga


Untuk pembukaan 5hb ini, beli 3 tiket percuma 2 tiket. Weeeee.... Boleh ajak kawan, dan kongsi kan. Datang jangan tak datang. 


Keadaan kaunter yang lengkap dengan pekerja dan sekuriti terbaik dari The Parenthood. Gelang keselamatan akan dipakaikan di tangan anak dan IbuBapa bagi memastikan keselamatan terjamin. Gelang anak akan di scan bila ibu bapa sendiri yang bawa mereka keluar. Jika tidak, anak akan kekal didalam My Kingdom. Jadi, tak perlu risau. 


Pemakaian stokin juga adalah wajib bagi semua mengunjung disini, bagi menjamin keselamatan dan kebersihan pengunjung.



Harris yang sedang membesar ni, rasa macam dunia My Kingdom ni, dunia dia seorang je. Ke hulu dan ke hilir tanpa hirau orang sekeliling. Nak panjat, nak conteng, nak main masak-masak , lompat jatuh semua nampak seronok je. Rasa Jeles pula mommy dia ni.


Abang pula, explore mainan yang menguji minda. Macam Spiral slide ni, tak ada tangga. Jadi kena guna kreativiti dan keberanian untuk memanjat. Kalau tak tak boleh naik gelongsor best ni. Bila dapat turun, dia punya suka. Asyik nak panjat je. 


Tengok la suasana meriah ni, Anak enjoy sangat. Senang hati IbuBapa. Mereka boleh bergembira dan belajar dalam masa yang sama.



Apa yang lebih menariknya di sini, semasa anak2 leka bermain didalam dunia My Kingdom ibuBapa boleh meninggalkan anak mereka seketika dan menjamu selera di cafe yang tersedia berhampiran mereka. 



Terdapat 2 buah tv besar dihadapan cafe Lillipilli yang disediakan oleh pihak The parenthood untuk memantau anak yang sedang bermain. Bukan itu sahaja, IbuBapa juga boleh membeli belah di sekitar kawasan The Parenhood Pelbagai kedai barangan baby dan kanak-kanak. Tak lupa juga, terdapat manicure, pedicure, massage, facial dan lain2. Dapat la ibu mengambil peluang memanjakan diri dari penat bekerja disamping anak2 bergembira dengan dunia mainan mereka yang penuh kreatif. 

Antara kedai menarik yang ada didalam The Parenthood Kedai barangan party. Selama ni, lin sibuk google sana sini. Rupanya sini semua ada. All in one gitu.


Kedai costume ni pun lin sangat teruja tau. Nasib anak2 tak nampak.  Kalau tak, dah tentu kena beli sepasang. Hihih. Sabar nak... Bagi kita fikir tema hari jadi Next year dulu ye. Baru boleh beli. 


Kedai paling unik dan sangat praktikal,  kedai gunting rambut ni. Mesti Anak tak takut dan menangis bila duduk gunting rambut kat kerusi ni. Haa... Kreatifkan.


Art class yang ada disini. Sekarang ni, ada offer tau. Amik 10 sesi percuma 3 sesi. Untuk Info lanjut, boleh tanya di sini ye.


Antara kedai yang ada. Pegang bag lalu sini tau. Risau terbeli barang lagi. Huhu. Tapi, memang seronok, macam pergi tempat mom and baby expo. Segalanya ada di sini. 



The Parenthood juga adalah tempat yang sesuai untuk kita membuat sebarang majlis untuk anak2. Party room yang disediakan, memuatkan seramai 40 orang dalam satu masa. Dan, bilik ini, boleh terus ke My Kingdom. Sambil menikmati makanan, mereka juga boleh bermain. Segala aktiviti mereka akan dipantau oleh pekerja dan juga cctv yang tersedia. Jadi, tak perlu terlalu risau.


Secara keseluruhannya, The Parenthood merangkumi 4 aspek keselesaan seisi keluarga.

  • Relaxation & Lesisure 
  • Educational & play
  • Dining
  • Shopping
  • Other - drop and shopping. IbuBapa boleh meninggalkan anak mereka dan keluar membeli belah untuk kanak2 berumur 4 tahun keatas. 
Untuk maklumat lanjut, boleh la pergi ke
My Kingdom playground by The Parenthood : jepkingdom 

Anak-anak gembira, IbuBapa senang hati. Hari minggu yang menarik dan bermakna untuk seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang ok.



Post a Comment

5 Comments

  1. Mmg best kan. Kita pun seronok tgk anak anak happy main

    ReplyDelete
  2. seronok tgk anak-anak main ... tapi tak dinafikan mak-mak pun boleh tahan eksaitednye kan hahaha

    ReplyDelete
  3. Rasa macam nak bawak je anak p sana next week

    ReplyDelete
  4. Seronok anak-anak allene...semua happy je dpt main dalam My Kingdom...geng mak mak pi window shopping jap hehehhe

    ReplyDelete
  5. wah..bestnya..semua yang nak,ada dalam satu tempat..

    ReplyDelete