Homeschooling - huruf besar dan huruf kecil

Assalamualaikum....


Lama tak bicara pasal homeschooling kan. Aktiviti yang sekarang ni dah semakin kurang lin buat dengan anak-anak. Tengah sarat, tak larat rasanya nak mengemas selepas buat aktiviti.  Lagi, kerap Check up ni, rasa letih dan kena banyak rest untuk baby dalam perut. 

Aktiviti mengenal huruf besar dan kecil ni, ada banyak cara. Disebabkan lin beli banyak manilakad haritu, so lin buat cara susah sikit. Hihihi. Caranya buat bentuk kon dan ais krim.


Contoh macam gambar diatas. Untuk matchkan huruf,  anak2 perlu sepit kad ais krim tersebut. Selain mengenal huruf besar dan kecil, sepit juga boleh meningkatkan moto skill anak-anak.  Bukan mudah budak kecil nak tekan sepit tu tau. Tak caya, Cer bagi anak korang picit. Hafidh ok je, Harris still practice lagi. Selalu tak dapat buat.



Masa buat ni, hafidh tekun sangat. Untuk elakkan anak keliru,  lin akan keluar kan 5 huruf besar dan 5 huruf kecil setiap 1 masa. Jadi, dia akan lebih fokus.

Senangkan. Agak macam tak ada apa nak buat, lin keluarkan je alat ni, dan biar dia main. Tool dah ada. Tinggal nak pantau Anak buat je.
Boleh la korang mencuba nanti.

Post a Comment

4 Comments

  1. rajin ko lin aku xreti menda2 gini huhu.
    dhia plak aku dah hntr taska thn ni hntr die berkawan sbb die asyik sebut2 nk g school. jahat ke aku hntr anak awl sgt ke taska? sobs.

    ReplyDelete