Set bersalin pilihan mommylin

Assalam...

Asyik cerita pasal anak kan. Pasal baby dan mommy makin kurang je cerita. Kecian baby. Tak banyak cerita pasal dia masa dalam perut. Mommy penat. Penat jadi suri rumah. Penat jaga abang2 awak yang super aktif. Mak wan pula nak pergi umrah dah. Sibuk lagi dengan kenduri. Dengan Business online mommy lagi. 

Bukan merungut... Cuma kongsi cerita je. Biasa orang ingat suri rumah ni kerjanya tangkap gambar anak upload kat FB je... Huhuhu i Is tak ada masa nak buat macam tu hari-hari. Kalau la boleh seronoknya.... 



Lin nak share pasal set penjagaan selepas bersalin. Kalau sebelum ni, anak pertama lin pilih jamu mak dara. Full set terus lin beli. Siap tungku dan bengkung sekali. Tapi, rasanya herba macam tak sesuai dengan lin. Bukan la kena telan herba atau rempah dengan air, tapi herba tu dah masuk dalam kapsul. Cuma lepas makan badan panas lepas tu susu kan anak, agak tak sesuai. Tu yang hafidh kena Jaundis lama. Ermmm. Perngalaman pertama kan. 

Anak kedua pula, lin cuba produk berasaskan spa. More Natural gitu. Tanamera. Yang ni, lin beli loose sebab anak rapat, banyak je barang yang tak habis lagi masa berpantang hafidh dulu. Mana yang boleh pakai lin pakai je. Lin beli mana yang perlu. 


Tapi, untuk anak ketiga ni pula lin nak tukar selera lagi. Bajet pun dah ciputkan. Kena jimat untuk business nanti. So pilihan lin adalah set bersalin d'herb. Tak tahu la kenapa lin pilih set ni.harga untuk 1 set memang murah berbanding jamu mak dara dan tanamera. Set dia pula lengkap. Dari tungku, bedak sejuk boleh guna sebagai pilis. Minyak panas sapu satu badan termasuk perut. Jamu untuk 10 hari pertama. Ubat untuk selepas 10 hari minyak panas baby dan percuma mandian herba. Rasanya berbaloi la dengan harga dia rm199 tu. Tapi, dapat diskaun rm190.

Lin jatuh cinta dengan produk d'herb ni selepas pakai minyak panas dia. Serius panas sampai petang. Masa tu lin guna untuk sapu bahagian banyak lemak. Memang berbaloi dengan harga dia yang murah. Puas hati tau. Jadi, kali ni lin memang yakin la produk set bersalin dia bagus. Walaupun belum guna pun lagi. :) 

Sekarang ni, rasanya dah 100% barang mommy dan baby settle. Tinggal nak tunggu adik baby je keluar. Tak sabar dah rasanya. Tapi, bila membayangkan labour room,VE tu semua menyeramkan. Tapi, sekejap je... Lepas tengok muka baby mesti lega kan. Hihih. 

Ok la... Jumpa lagi di blog mommylin.com daaaaa~~~ 

Post a Comment

4 Comments

  1. Baru tau d'herbs ada jugak set bersalin ☺

    ReplyDelete
  2. baru tau jugak..menarik2..pasni boleh masuk list survey..

    ReplyDelete
  3. yeah... aunty tak sabar nak jmpa baby baru ni..

    ReplyDelete
  4. wah sedang berpantang dgn d'herbs la ni ekk :)
    terlajak larissss...

    ReplyDelete