Thrombocytopenia semasa mengandung

Assalamualaikum....

Pernah tak dengan pasal thrombocytopenia? Lin pun pertama kali dengar dan tahu pasal ni. Yang kita selalu tahu HB rendah sahaja kan. Bila HB rendah, bermakna badan Ibu kekurangan darah semasa mengandung. Dan bila  hendak  bersalin, takut tak cukup darah. Bila ada kes macam ni, Doctor dan pihak hospital akan standby darah takut Ibu kehilangan banyak darah. 



Macam kes thrombocytopenia ni, lebih kurang je. Bezanya darah cair. Bila Ibu darah cair, masa bersalin tkut darah akan  keluar banyak. Dah cair kan... Banyak la keluarnya. Sebab tu Lin kena admit ward aritu. Mana yang berkawan di ig dan fb mungkin perasan la yang Lin update. Masa kena admit tu, darah Lin serendah 41 je. Normal 150. Bila refer dengan bahagian medical, dan sample darah Lin diambil setiap hari berubah2 keputusannya. Memang Doctor pun tak boleh nak buat pape. Ubat untuk pekatkan darah tak ada. Apa yang medical boleh buat, lakukan pemeriksaan lanjut selepas Lin bersalin nanti.

Untuk baby memang tak ada effect pape pun. Alhamdulillah. Mungkin hanya semasa mengandung atau memang dari dulu Lin ada  masalah ni. So, terima je la.
Bila medical dah tahu kes Lin, mereka Akan standby je bila Lin nak bersalin nanti. Lega sikit rekod dah ada. Nak bersalin pun tak ada masalah. Doa kan yang baik2 je la. 

Sebelum discharge Doctor bagi 2 option untuk Lin bersalin. Induce atau czer. Induce Ada 3 risiko yang kena hadapi. Sebab Lin dah dekat 40 week. Baby makin besar. Lagi2 gdm ni. Masalah gdm baby besar bahu tapi kepala kecik bila nak keluar kan bayi, bahu mesti sangkut . Bila tersangkut, hanya ada masa kurang dari 5 minit untuk keluarkan baby sepenuhnya. Jika lambat, hilang nyawa. Atau pun,ada   masalah semasa tarik bby, urat leher boleh tegang dan baby Akan dapat masalah macam cacat mungkin. Atau pun juga, tangan boleh terpusing masa tarik nak keluarkan baby. 

Errrmmmm... Kalau korang jadi aku boleh terima tak risiko tu? Dengar je dah buat aku fikir macam2. Belum terjadi lagi. Lagi2 gdm ni, pertama kali untuk aku. Ditambahkan pula aku ada masalah thrombocytopenia ni. Cadangan lain Doctor suruh czer. Errmmm... Dilema dah mak Yong ni. Dugan dan  ujian. Awal preggy lagi macam2 masalah emosi Lin hadapi,kemudian satu persatu lagi datang. Tangan ni, Dah Lali kena cucuk amik darah berbotol botol. Lin redha.... Ada hikmah yang menanti.


Bila Lin discharge Dari hospital, anak2 nampak Lin terus peluk. Dah biasa 24/7 dengan mereka kan. Siap tanya mana baby?. Kenapa tak keluar lagi. Hahahaha. Sabar ye, abang2.... 

Ok la nanti sambung cerita. Nak rehat santai2 sambil layan contraction yang suka muncul sekarang ni. 

Post a Comment

3 Comments

  1. mcm2 penyakit lah kan..moga urusan sis dipermudahkan nt

    ReplyDelete
  2. Allah..semoga dipermudahkan ..xpernah dgr jugak pasal ni..baru tau

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan...
    saya baru Follow Blog awak...
    take ke okey, jaga kesihatan...dengar kata doc
    (^_^)

    jemput singgah di Blog saya juga

    ReplyDelete