kbba

Latest Posts

Cara anak protes bila kongsi kasih dengan adik baru

By 10:12 AM , , , , ,

Assalamualaikum...

Lamakan Lin tak menulis. Huhu.... Blogwalking pun tak. Susah lah pakai hp je ni. Dengan anaknya kecil, tengah pantang lagi. Paling mencabar sekarang ni, kerenah abang2. Lin yang dalam pantang ni, terjerit jerit marah anak macam tak pantang je.  Sangat menguji kesabaran betul dengan perangai masing masing.

Makin ramai anak makin hilang ayu mommy korang ni.  Daddy pun hilang lembut bila anak2 buat perangai. Nak buat macam mana, anak sendiri. Terpaksa lah ngadap.  Tunggu mommy sihat, nanti mommy betulkan perangai masing2 ye. Tahu lah nak ajar macam mana. Bunyi macam garang sangat kan... Hihhi....





Sebenarnya mereka ni buat perangai pelik saja tunjuk perangai. Memang dah perasan. Lagi2 sejak aydina lahir. Sebab mommy tak sihat, orang lain jaga dia berani nak melawan. Sakit mata tengok perangai masing2 menjadi jadi. Kalau dekat rumah sendiri, elok je derang main.

Scene paling sedih, bila lin pakaikan baju hafidh dan harris. Masa pakai kan harris baju, sempat la lin manja2 dengan dia kejap. Sambil sikat rambut lin puji Harris.

" Hensem la anak mommy ni... "
" sayang Harris..."
- Mommy

Masa yang sama hafidh perhatikan lin. Bila turn dia sikit rambut pula, lin xde la nak buat dan cakap benda yang sama. Tiba tiba dia keras je sambil buat muka masam. Lin pun tanya kenapa.

 " cakap la macam mommy cakap dengan Harris tu..." - hafidh

Lin blur kejap, fikir apa yang buat dia cakap macam tu. Bila dah ingat, Lin pun cakap benda yang sama.  Baru lah dia tunjuk muka happy dan terus join adik dia main.

Lorrr...  Benda kecil macam tu pun dia amik kisah. Ini lah budak. Dia perhati je semua. Dan dia juga nak rasa apa yang orang lain rasa. Jeles dorang ni, jeles benda yang remeh je. Cuma kita as parent tak perasan semua tu.

Kehadiran aydina pula, bagi kesan pada Harris. Serius bila tengok Harris tidur sendiri sedih tau. Dia mungkin terasa hati. Biasa dia tidur dengan lin. Bila peluk lena je sampai pagi. Tapi sekarang....


Bila ajak tidur tak nak.  menangis nak tengok tv je.  Bila Lin pujuk, baru dia ikut masuk bilik.
Bila dalam bilik dia pusing merata, sebab tak boleh tidur. Link perhati je dia dalam gelap. Lin panggil dia baring sebelah lin, peluk dia terus tidur. Allah... Memang nak bergenang air mata dengan perangai Harris ni. Dia terasa tersisih, tapi dia tak tahu. Kita yang mak ni, perasan la kan. Tapi.... Aydina pun kena bagi perhatian juga... Huhu. Bertabah la Harris ye.

Tapi, Harris sayang Aydina tau. Selalu dia baring sebelah Aydina, peluk cium... Cuma nak kena perhati la. Sebab banyak akal juga dia ni.

Sabar ye anak2. Nanti aydina dah besar boleh ajak main sama sama. Jalan pergi taman. Jangan jeles jeles tau. Semua sama je layanan.




You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. comelnya aydina....sy phm cmne perasaan sis sb sy pn mcm tu..anak sy pn manja cm hadif tu jgk..tdo nak kena atas lengan...

    ReplyDelete
  2. sama la ngan nayli lin...sgt menguji kesabaran perangai die bile ade adik..nayli x blh org puji adik die, die nak lebih..die syg adik, tp die xnak adik lebih..kalu org kata adik die comel, laju je die dtg n ckp die lg comel..pas2 mase pantang xde org layan die sgt, nak ngk tv je..skang ni ngah slow2 nak tackle perangai die,,die kuat sgt mengamuk skang..kekadang rasa x sabar sgt.,.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...rezeki anak ramai...
    biasalah budak2 kan...

    ReplyDelete
  4. ha ha mcm2 pe'el ekk anak2 ni bila beradik baru.
    kita yg kena pandai la ekk.
    benda kecil pada kita, tapi pada dia?
    sungguh besar maknanya.

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers