kbba

Latest Posts

Biskut bayi perasa kurma yang sedap!

By 2:21 PM , , ,

As salam...



Alhamdulillah... semoga lepas ni, rezeki lin dan keluarga bertambah lagi. Dapatlah ringankan beban suami yang bekerja seorang tu kan. Sambil jual pelbagai barangan bayi, lin juga ada jual barangan kesihatan dan kecantikan. Biasanya lin aktif di Instagram. Alhamdulillah walaupun income yang masuk tak seberapa, tetap syukur, ada juga yang masuk. Semoga lin dan keluarga terus dimurahkan rezeki. Kawan2 minta doakan sekali ye. > peace < 

Idea untuk buat biskut kurma ni, datang masa lin dalam pantangkan Aydina. Tetiba jadi minat sangat dengan kurma. Kalau boleh nak makan je kurma tu selalu. Dari hospital lin dah jadi ketagih dengan kurma, sampai habis pantang. Bila mak lin balik dari umrah pun lin teruja dengan kurma dia bawa balik. Dari situ, lin dapat idea untuk buat cookies atau biskut kurma ni. 

biskut kurma 



Untuk mencari kelainan, lin buat cookies untuk bayi, dan kanak-kanak. Kita sebaiknya dedahkan makanan yang berkhasiat ni, seawal mungkin pada anak kecil. Dengan hanya menggunakan 4 bahan, lin hasilkan homemade kurma cookies ini. TANPA PENGAWET , TANPA GULA, TANPA GARAM. Sesuai untuk bayi berusia 7 bulan keatas. Untuk bayi yang belum tumbuh gigi, boleh bancuh biskut dengan susunya. Samada EBM atau FM. 

simple packaging 

Sesuai dan mudah untuk dibawa travel. Selain untuk bayi, kanak-kanak juga boleh makan cookies ini, dan dijadikan snack harian yang berkhasiat. 
Lin lepas buat cookies kena sorok... kalau tak, sebalang habis kena kerja dengan hero dekat rumah ni. Memang favorite sangat la. Lepas ni, Aydina pula.

soft melt sweet 


Harga yang berpatutan dengan khasiat dari cookies ni, hanya serendah RM12 ringgit. Dan istimewanya, ianya boleh dipos. So, mommies yang jauh nak cuba cookies kurma dari kami, boleh la whatsapp lin dia number 019 252 3932. Insyaallah, stock sentiasa ada. 


You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. semoga akak dimurahkan rezeki selalu:).nanti boleh try cookies akak ni.

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak nih... Bagus untuk anak2...

    ReplyDelete
  3. Menarik ni..boleh komersialkan untuk org dewasa gak..

    ReplyDelete
  4. bagus cookies ni...berminat juga nak beli..in sha Allah

    ReplyDelete
  5. moga rezeki allene murah ye.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers