Didik anak dengan kerja rumah

Assalamualaikum...


Rasanya kalau dari dulu yang follow blog Lin, mesti tahu, lin ada dua orang anaknya bujang. Dan baru baru ni, baru la dapat seorang anaknya dara. Bila anak bujang ramai, mula lah buat perangai kaki sepah dia kan. Main tak payah cakap la. Bila main, tapi tak bersepah,  dorang akan sengaja sepahkan semua mainan. Baru puas hati agaknya. Kalau tak ditegur, habis sebakul mainan diterbalikkan. Ermmmm






Merungut??? Eh tak lah. Adat lah kan anak anak membesar....pasrah. Awal dulu meroyan juga lah. Tapi, makin lama makin faham. Dah main, ajar lah cara mengemas pulakan. Memang susah. Penat mulut duk bebel suruh kemas. Tapi, lama kelamaan alhamdulillah... Pandai dah. Walaupun tak sekemas mommy mengemas, jadi lah kan. Asas tu ada.



Itu bab mainan, kalau bab mengemas rumah pula, kadang rajin tak bertempat. Sabar je la. Baru-baru ni, lin selalu juga minta tolong Hafidh menyapu, pasang sarung bantal dan kemas tempat tidur. Nampak macam kejam pula kan. Tapi, ni baru permulaan nak dedahkan dia pada tanggungjawab sebagai abang. Anak ni, dia suka bila dapat buat sesuatu benda baru. Tapi, bila dah asyik kena buat benda yang sama, mula lah dia bosan. Sebab tu orang kata, jangan dedahkan benda-benda ni dengan terlalu awal. Errrmmm....



Bagi lin, benda ni simple. Biar dia ada rasa nak tolong mommy dia ni. Lepas dia tolong bagi la upah pujian. Mesti dia suka. Tak percaya, cuba la...

Tapi, mak pak kena ingat, benda ni tak boleh dipaksa... Ajak mereka lakukan dalam keadaan yang seronok. Kalau boleh buat sekali dengan mereka. Baru la seronok dia buat, dan akan nak buat lagi.


Post a Comment

3 Comments

  1. Tak sabar nak tunggu fariza membesar..ajar mengemas..hahaha

    ReplyDelete
  2. setuju nak2 diajar dari kecil membantu urusan ker rumah tapi ada yang salah tafsiran...kan?

    ReplyDelete
  3. anak2 aida skang wajib da buat keje umah.
    da anak dara kan. bertuah ler kalau semua ibu nak buat.
    masak ajer lom aida ajar.

    ReplyDelete