kbba

Latest Posts

Idea untuk minum petang - kek sunquick

By 3:00 PM

Assalamualaikum...

Lama dah tak buat minum petang yang sedap dan lazat. Sejak kena GDM masa mengandung, terus kurangkan ambil makanan manis. Kalau tak, kena marah dengan suami. Huhuh...  Kesian kami.... 

Lepas habis pantang, mula lah gian nak buat makanan sedap2 kan. Asyik Google menu sana sini. Fikir nak makan apa, yang mudah dan tak ambil masa lama untuk buat. Biasalah ada anak kecil mana boleh tinggal lama. Baru tinggal kejap dah jerit. Migrain mommy....  

Kek sunquick 



Semalam,  Lin buat kek sunquick.  Fuhhh menjadi tau. Bahan mudah, rasa sedap. Buat pun tak lama.  Kalau nak resipi korang boleh je Google banyak dah up resipi ni. 
Kek ni memang super gebu. Rasa sekali, asyik la nak lagi lagi dan lagi. Lepas siap je kek, Lin keluarkan dari oven dan sejukkan dulu. Lepas tu, susu kan dina,  terlelap la sekejap. Tahu apa jadi???

Kek kena cubit cubit dengan anak bujang. Buruk dah kek gebu. Nak marah tak boleh, sebab tu maknanya sedap. Hihhihi... Rasa bangga juga. Dan kena dengan selera suami. Next time buat, nak kasi sunquick dia lebih lagi. Baru lebih ummmpppp....

Memang kek sunquick ni idea terbaik lah untuk menu minum petang. Selamat mencuba ye. 




You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. Rajinnya lin..sedap tu..pos kajang seketul

    ReplyDelete
  2. Suka sangat makan kek sunquick ni... memang mudah dan sedap... Kekadang mama Sha letak krim as topping... makan plain gitu pun best.....

    ReplyDelete
  3. Buat juga kek semalam tapi tak menjadi..

    ReplyDelete
  4. sunquik oren ekk?
    aida ni x pandai buat kek.
    sedih!!!

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers