Susu ibu punca anak gemuk

Assalamualaikum...

Aydina dah 50 hari. Mommy dengan Dina dah habis tempoh berpantang,  syoknya.... 
Minggu ni, baru bekersempatan bawa dina pergi check up sebulan. Alhamdulillah, perkembangan semuanya normal. Cuma..... 




Berat dina, sikit lagi cecah obesiti.  Itu pun kalau refer pada graf yang disediakan la.  Tapi, bayi yang susu ibu ni, gemuk dia tak obes pun. Doctor pakar pernah bagitahu Lin tentang ni. So, no worries ye. 

Kot la mommy lain pun ada kes sama, tak payah risau. Susu ibu mudah hadam. Kerap mana baby susu pun tak pe. Lagi bagus... 

Berat Dina masa lahir 3.36kg
Berat 10 hari 3.7kg
Berat 20 hari 4.25kg
Berat 42 hari 5.2kg

Bila Lin tengok buku check up lama abang abang Dina, berat Dina paling win... Hafidh sebulan 4.6kg.  Harris pula 4.5kg. Fuhhhh hampir sekilo bezanya. Patut la nak mandikan dina sikit punya lenguh tangan mommy nak oiii... 

Tapi, anak tembam ni best. Bila cium pipi lah gomol sekali. Sampai dia nanti baru stop. Hahaha. Kejam kan mommy, seronok buli dina.

Ok la... Mommy nak ngadap dina. Anak dara ni manja sangat. Penat juga la melayan dia. 

Post a Comment

7 Comments

  1. wah semangat sungguh tu..anak sy lahir 3.81kg pon, bila sebulan baru 4.++ hehehe...

    ReplyDelete
  2. betul² susu ibu cpt hadam...ank teruna aku tu umur 3 bln dh minum 4 oz susu...pfft!

    ReplyDelete
  3. Tiada istilah gemuk kalau susu badan..

    ReplyDelete
  4. Haha..anak aku tak gemuk pun lin..susu badan jugak...bolat sikit je

    ReplyDelete
  5. comeynya.. bab gomol tu memang betul la.. mkn chubby baby mkn geram gomol..hahaa

    ReplyDelete
  6. Aha.anak buah sy pun minum susu ibi.montel je

    ReplyDelete
  7. aida sedang nak menembamkan ijat.
    bagi makan nasi bebyk :) ha ha...

    ReplyDelete