kbba

Latest Posts

Tip mudah ajar anak minum air masak

By 11:44 AM ,

Assalamualaikum... 



Musim sekarang panas sangat. Sampai ada kes boleh kena strok haba. Ish... Risau mendengarnya. Antara tip untuk mengelak dari terkena strok haba, kena minum air masak dengan banyak. Tapi... Kita yang berumur ni, tahu lah nak minum banyak kan. Anak tu yang susah. Yang mereka tahu, nak ais krim atau air sejuk. Tak pun, paling parah dia nak minum air berperisa. Ermmmmmmm.....



Rasanya ramai ibubapa yang anaknya lebih sukakan air berperisa dari minum air masak. Jadi, lin nak share tip ajar anak minum air masak, tanpa jemu dan memang akan suka minum air masak. Cara dia mudah je..

Seawal pagi, lin akan sedia kan 3 botol air. 1 untuk Lin, 2 lagi untuk anak2. Botol air dorang memang lain sikit la. Lin guna botol recycle yang mereka suka. Macam upin ipin dan boboiboy. Lepas habis mereka minum, jangan buang. Basuh dan isikan air masak. Mudahkan. 

Lepas sarapan, sambil tengok TV,  dorang akan minum air sampai habis. Dah habis, letak kan sink. Tengahhari Lin tambah lagi, dan lepas makan mereka minum lagi sampai habis. Jadi, mereka tak lupa nak minum air. Kita pun tak terkejar nak suruh mereka minum air masak. 

Tapi, untuk menjayakan misi tu, kita kena pastikan dalam peti ais rumah tak ada air berperisa, dan air masak yang di sejukkan. Tu je syaratnya. Sebab kalau ada, tak ada maknanya la mereka nak minum air masak. Lagi satu, air sejuk tak elok untuk cuaca panas ni. Bila panas berlawan dengan sejuk, takut memudaratkan. 

So mommies,boleh la cuba tip mudah untuk ajar anak minum air masak secukupnya.  Jangan bagi air sejuk atau berperisa ya. Untuk kesihatan anak kita juga. 

You Might Also Like

1 leave a massage here...

  1. anak2 aida, semua aida paksa aje.
    botol masing2 da ada.
    cukup time, aida tanya, 'air da minum?'

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers