Jangan amik mudah sunat anak perempuan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 30/3/2016 aydina dah selamat sunat. Anak perempuan pertama, tak ada pengalaman nak bawa anak pergi sunat, kepala ni, selagi tak selesai selagi itu lah lin asyik fikir bila nak pergi sunat. Risau terlupa terus. Tahu-tahu anak dah besar. Macam mana nak sunat bila dah besar. Mesti lagi banyak masalah.




Kadang kita pandang remeh dan buat tak endah perkara ni. Bagi lin sunat anak perempuan ni penting. Kalau kita lengah kan masa, makin susah lah kita nak menjaga dia nanti. Bila anak dah pandai dan tahu apa itu rasa sakit. Haaa...  Masa tu, nak kencing pun mereka boleh menangis sebab pedih. Kalau baby, memang sifat dia susu dan tidur je.

Pengalaman dari orang sekeliling menjadi pengajaran pada lin. Ada yang sunatkan anak perempuan umur 3/4 tahun...  Allah... Kesian tau. Tak pasal kena kangkangkan budak tu. Dia dah besar, mesti baru belajar rasa malu. Kita yang mak ni pun, bila masa nak kena VE malu, ni kan pula budak. Dah tu, mesti dia susah buang air. Mesti takut nak buang air risau pedih. Bila semua tu tak boleh nak buat, mula lah meragam. Haaaa...  Jangan kita pula angin marah mereka. Salah sapa???

Masa aydina sunat, nurse minta Lin tolong pegangkan tangan dia. Masa lin pegang, dia pandang je lin. Kaki nurse pegang. Kesian anak mommy. Bila doctor letak ubat kuning, dia nanti sikit. Sejuk kot. Bila doktor sunat, dia menangis... Kuat. Tapi, tak keluar air mata pun. Mungkin dia terkejut je. Masa pegang tangan dina,  air mata lin bergenang, sikit lagi nak mengalir... Allah.   Tisu sangat hati mommy. Nak tengok muka dina pun rasa tak sanggup. Sebab dia macam minta dilepaskan. Sedih wei....  Huuuuuu.....

Apa pun, itu pengalaman berharga lin. Dapat teman dina sunat. Esok bila abang besar, sunat mesti la daddy mereka yang teman. Mesti malu kalau mommy temankan kan... Ihhihi... Masa tu, harap tak gegar la klinik dengan suara jerit. Heheh...


Post a Comment

6 Comments

  1. nad pun sunatkan masa dia 2 bulan..selesai semua senang

    ReplyDelete
  2. sebab tu biasa org sunatkan masa dlm pantang atau hbs pantang..sy sendiri pn sunatkan anak msa 43hari,,, so xde susah sgt..

    ReplyDelete
  3. anak akk yg kakak akk sunat sebelum keluarkan hosp dekat pusrawi..tak silap bayar rm60
    anak ke2 dan ke3 akk mintak bidan buatkan..sebab dia mmg ada pengalaman tuh...

    ReplyDelete
  4. Erm..dia tgk gk kan samada kena sunat atau x..

    ReplyDelete
  5. anak2 aida mak ngah diorang yg sunat kan :)
    and aida x tgk pun ha ha ha takut!
    emak yg tolong...

    ReplyDelete