kbba

Latest Posts

Serunding Halia - Menu mudah untuk sahur

By 2:07 PM , ,

Assalam...



Sebut pasal serunding, jujurnya lin bukan suka pun serunding ni. Lagi2 kalau nak makan dengan nasi kosong atau roti dan lain-lain. Tapi, lepas berkenalan dengan serunding halia dan serunding halia ikan bilis ni. Allah... ketagih dia lain macam. Asal nak makan nasi je, mesti nak letak serunding halia. Rasanya... fuhh... hangat-hangat terangkat. hehehe. Boleh bayangkan tak rasa macam mana tu. 



Masa pertama kali lin makan, terasa pedas dan hangat halia tu. Ni kentut best ni. hahaha. 
Dalam pada terasa pedas, bertambah juga la lin makan. Jujur memang terbaik. Kalau masa dalam pantang hari tu, lin dah jumpa dengan serunding halia ni, memang jadi makanan harian. Pagi petang siang dan malam. Nak serunding sahaja. Tak pernah jemu makan ni. 


Masa tengah makan, terfikir... eh puasa dah nak dekat ni, kalau buat stock untuk sahur memang terbaik ni. Tak payah kelam kabut kalau dah terlambat bangun sahur. Masak nasi dan makan dengan serunding halia ni begitu sahaja. Kenyang dan mudah. Mula la berangan nak belikan untuk mak dan mak mertua sekali. Takkan kita je nak makan sedap dan mudah ni. Mesti dorang pun suka juga. Tak sabar nak beli dan bagi. =) 

Serunding halia bilis ni, extra superb, sebab bilis dia sangat rangup. Size pula tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Memang makanan ni, tak terasa berat, tapi mengenyaangkan. 

Serunding halia pula tanpa ikan bilis. Mana yang tak suka bilis tu, memang sesuai sangat la pilih serunding ni. Bagi lin, memang wajib buat stok dekat rumah. Kot la korang malas nak masak kan. Dah ada lauk. Nak lagi sedap goreng telur mata sebiji, kuning biar cair... fuhhhh... gagagaga memang terangkat. 

Pernah satu pagi tu, lin lewat bangun. Tapi perut ni lapar sangat. Tengok baki nasi semalam masih ada. Lin pun terus terfikir nak buat nasi goreng. Tapi, nak nasi goreng serunding halia.... Wah.... sekali tumis bawang putih, masukkan nasi dan pecahkan telur, dan akhir sekali, masukkan serunding halia sebanyak mana yang korang nak. Pergghhh... rasanya, tak terkata. Lin tibai sorang tau. 



Asyik cerita kesedapan dan keenakkan serunding ni je, mesti nak tahu juga mana boleh dapatkan serunding halia ni kan... mudah sahaja. Boleh pergi ke page projek niaga ni ye. 

HP: 019- 460 3069


Nak order atau baca review kawan2 yang dah pernah cuba serunding halia dan halia bilis ni, boleh clik link yang lin beri ye. Atau direct whatsapp untuk order. Mudahkan. Selamat mencuba. 

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. Pertama kali dengar serunding halia...suami julia peminat serunding...juju pun x gemar sgt serunding ni...tp makan dgn nasi impit boleh pulak hehehe...menarik lah

    ReplyDelete
  2. aida and famili tidak tegar serunding :)
    skit tu boleh. and sesekali.
    pernah beli 500g kat kelantan.
    langsung tak abis. bagi kat mak :) hi hi hi...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers