kbba

Latest Posts

Teruja sangat dapat anak perempuan

By 10:31 AM , ,

Assalamualaikum....

Lama menyepi kan... Hihi.  Sibuk dengan kehidupan baru, jadual baru... Anak baru... Dalam otak ni, asyik fikir nak buat entry itu ini... Cuma nak type tu, tak ada peluang lagi. Kadang tu. Siap buat ayat dalam kepala. Errkkk...  Bila masa nak type, langsung tak ingat. 

Cerita pasal anak dara, si aydina alhamdulillah dah 3 bulan pun dia. Suara makin kuat bila menangis. Kadang sampai tak sanggup nak tengok dia menangis macam tu. Mengalahkan macam orang kena dera je bunyi tangisan dia. Sabar je la.



Dalam pada mommy sibuk cari duit nak shopping baju, Dina.. Dina dapat banyak sangat baju cantik2 orang beri. Alhamdulillah...  Tak payah mommy beli lagi. Heheheh... Banyak dah baju dina, kalah baju abang2nya. Mommy beli almari je la untuk Dina. 

Baju gaun pertama dina pakai masa pergi kenduri di bukit hijau Klang. Teruja sangat mommy nak pakaikan. Walaupun nampak dina rimas... Mommy buat tak reti je. Janji dapat tengok dia pakai. Sindrom mak mak sangat lah aku ni ehh...

Gaun pertama 

Susah sangat tau nak amik gambar dia ni, tangan kaki tak reti diam. Nak amik gambar dina kena pakai kamera mahal punya. Cikai macam hp mommy, hasilnya memang macam gambar la.

Dina ni, manja sangat. Lin pun suka manjakan dia. Mungkin sebab suka sangat dapat anak perempuan kot. Abang pula dah besar. Nak gomol dia pun malu. Tapi, tak lupa abangnya pun. Selalu je manja kan abang juga. Dah mommy 24/7 depan dorang kan. Garang macam mana pun mommy cari mommy juga. Itu lah anak kan.

Ok nak sambung kerja. Esok jumpa lagi, insya Allah...  

You Might Also Like

3 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers