HABIBI OIL penyelesaian untuk masalah kulit bayi
Assalammualaikum....
Sejak ada baby kembali ni, mula la mencari produk baby yang sesuai untuk anak sendiri. Biasanya, tidak semua produk sesuai dengan kulit bayi. Ianya bergantung pada keserasian kulit bayi. Ibubapa pula, jangan la beri sebarangan produk pada anak-anak. Takut bukan semakin baik, tapi semakin teruk jadinya nanti. Jadi, sebelum ambil sebarang produk, kena la selidik serba sedikit mengenai produk. Paling mudah, kita tengok kandungan sesuatu produk. Mana yang ada paraben atau apa sahaja yang boleh membahayakan, jangan cuba pada kulit anak. Kecian mereka nanti.
Lin baru je mengunakan HABIBI OIL pada Aydina. Alhamdulillah Aydina tidak punyai masalah enzema. Cuma, anak debab kan, faham je la... tangan dan peha dah macam baby Michelin orang kata. Banyak lipatan dan celahan yang kena ambil berat. Area situ, biasanya mudah melecet dan luka. Sebab tu, setiap kali lepas mandi, Lin akan sapu HABIBI OIL di setiap lipatan dan celah. Paling Lin risau bahagian leher Aydina. Dulu, lin pernah bersihkan leher Hafidh masa baya usia Aydina. Dan tragiknya leher Hafidh berdarah. Ngeri sangat ok, lin guna kain lampin kalau tak silap. Sejak tu, Lin memang takut nak bersihkan leher baby.
Bahagian leher, sisa lelehan susu boleh terlindung dan jadi yogurt di situ. Tu masalahanya. Kasihan pula anak, bila cium bau masam je. Tapi, sejak guna HABIBI OIL ni, Lin selalu sapukan di bahagian leher Aydina, alhamdulillah.. leher dapat dibersihkan dengan baik, dan merah keliling leher pun dah berkurangan.
Apa yang menariknya lagi, Botol HABIBI OIL ni, mudah untuk kita gunakannya. Minyak bayi biasa yang selalu kita guna, penutup nak kena pusing, tapi yang ni picit. Tak mudah tumpah. Almaklum la, bila lepas mandi tu kan agak kelam kabut, sebab takut baby terkencing. Hohohoh....
Botol minyak Habibi ni, ringan dan mudah di bawa kemana saja. Guna pun mudah.. picit bahagian mana kita nak. Tak perlu picit di tapak tangan kita dahulu. Minyak ni, tak panas atau berangin.
Ruam lampin, dan baby memang tak boleh lari la kan. Lagi-lagi bila kita guna lampin pakai buang. Nak selalu guna lampin pakai buang yang mahal, mak tak kerja nak.. ohohoh jadi, kita guna biasa-biasa sahaja. Kadang tu, bila lewat tukar lampin, mula la tumbuh ruam kat belakang Aydina. Aduhh... pedih mommy tengok. Biasanya Lin akan sapu losyen biasa je... Tapi, tak hilang pun ruamnya. Cuma, tak la merebak.
Tapi...!! bila Lin sapu HABIBI OIL, lepas mandikan Aydina waktu pagi, petang Lin tengok dah tak ada. Fuhhh... ajaib sangat ni. Lin pun terkejut. Sejak tu, Lin memang akan sapu minyak Habibi pada seluruh badan Aydina. Dari kaki, peha, tangan dan leher. Rambut pun lin sapu. Wangi je HABIBI OIL ni. Ianya campuran 40 jenis bunga.... Harum....
HABIBI OIL ni, bukan khas untuk bayi sahaja, tapi sesuai untuk seisi keluarga. Ianya dapat merawat masalah kulit kering. Antara lain keistimewaan Habibi oil ni...
- Melicin dan melembabkan kulit
- Merawat kulit kusam dan kering
- Menghilangkan ruam lampin
- Sesuai untuk cuaca yang terlalu sejuk bagi menghindarkan kulit daripada kering dan membantu mengawal suhu badan daripada kesejukan dan dimasuki angin.
- Membantu meminumumkan "stretch mark" bagi ibu mengandung
- Sesuai digunakan untuk urutan badan dan keseluruhannya serta bertindak melegakan tekanan urat saraf.
- Membantu melembabkan kulit ketika berada di tempat bercuaca panas seperti di Mekah
- Diperkaya dengan vitamin C dan E untuk memberi keanjalan dan kelembapan pada kulit.
HABIBI OIL di formulasi kan dari bahan-bahan:-
- Minyak Zaitun
- Minyak Bunga Matahari
- Minyak Kelapa Dara
- Habbatussauda
- Pati 40 Jenis Bunga
Hotline: 019-682 6886
IG: @habibioil
FB: Rahsia Baby Sihat Tanpa Ruam
Website: www.habibiofficial.com
Website: www.habibiofficial.com
Lin memang sarankan pada mommy di luar sana, yang ada anak kecil, wajib miliki HABIBI OIL ni. Wangi, selamat tanpa sebarang kimia dan berkesan. Selamat mencuba ya. Lin bagi 9/10 bintang...
9 leave a massage here...
memang berkesan sangat Lin...anak-anak pun suka sebab wangi !
ReplyDeleteKak Nina suka bau nya... Fresh sangat!
ReplyDeleteSpray je ke?
ReplyDeleteuih..lengan dia..berketak-ketak..
hehehe
wahh bagus ni Lin..
ReplyDeleteMacam best jer minyak ni lin. Sbb baby kita pon ketak2 gak. Dah nampak merah kat pelipat tangan, paha & leher tu.
ReplyDeleteketak-ketak? ha ha ha...
DeleteComellll sgt anak dara tu...untung mama dia anak dara lawa sgt...habibi oil ni mesra sungguh la...utk baby dan seisi keluarga...harus beli!
ReplyDeletebambamnya model tu dahler seksi..hikhik
ReplyDeleteijat pun ada eczema.
ReplyDeletehmmm looking forward utk benda ni la.
mau klik itu link :)