Percutian keluarga di Villa A'Famosa, Melaka

Assalamualaikum... 


Awal bulan May hari tu, lin dan keluarga sempat bercuti di Villa A'Famosa di Melaka. Perancangan mengejut yang dicadangkan oleh mama kami, sempena menyambut ulangtahun Lin dan mama serta sambutan ulangtahun perkahwinan Lin dan adik lelaki Lin. Kahwin tarikh dekat2 senang la nak sambut besar sikit. Bajet keluar sekali je kan. =) 


allene family



Awalnya lin memang tolak untuk sertai percutian ni. Almaklum la, seminggu sebelum tu, kan adik ipar kahwin di Muar, bajet pun banyak dah lari. Di tambah dengan percutian mengejut, memang agak ketat la bajetnya. Tapi, bila memikirkan keseronokkan bersama keluarga dan anak2 lin dan D setuju untuk sertai. Yang penting, mesti anak2 paling gembira. Sebab di Villa tersebut ada kolam mandi. Itu je la aktiviti utama kami, selain BBQ. 

Villa di A'Famosa ni, berhampiran dengan kawasan PLKN dan Water Park di dalam kawasan A'Famosa. Kawasan ni, sunyi dan memang sesuai untuk percutian keluarga. Sebelum datang jangan lupa borong makanan banyak2 sebab nanti nak keluar waktu malam susah sikit. Kedai pun tak ada dalam kawasan A'Famosa tu. Jadi, memang kami pakat bawa makanan dari rumah masing2. Oh ya, Selain Lin dan adik beradik, Pakcik sekeluarga juga sertai kami. Villa yang ada pun tak besar mana. Cukup untuk 4 keluarga. Sebab hanya ada 4 buah bilik dan 2 buah bilik air. Termasuk bathtub. Lepas terjun kolam, masuk rumah rendam badan dalam bathtub pula... Memang syok...

bekalan untuk kami 



menu lunch 


Villa di sini juga lengkap dengan peralatan BBQ. So, tak payah la kita datang nak bawa tempat bakar sendiri untuk BBQ. Hanya bawa bahan basah yang siap di perap. Mudah kan. Sampai, terus siapkan perapan atau siap2 perap dari rumah, dan terus simpan dalam peti sejuk yang disediakan. 2 hari kami di sana, peti tu penuh dengan makanan. Bahagia bila setiap kali lin buka peti. Hahahahah....

tempat bakar yang di sediakan 



Dry kitchen - Villa A'famosa


Dry kitchen - Villa A'famosa
pintu tu menuju ke wet kitchen dan laundry

Dapur pula, serba lengkap dengan kuali, senduk, pinggan mangkuk, cawan dan macam macam lagi. Tak perlu risau. Sempat juga la lin goreng sayur untuk lunch masa datang sana. Sayur makan panas2 memang sedap kan... Mesin basuh pun ada juga tau. Kami gunakan untuk keringkan baju bajan yang basah. Bestkan. Semua lengkap macam rumah sendiri. 

Setiap bilik dilengkapi denga kipas dinding dan air cond. Juga, sebuah katil saiz queen dan sebuah katil single. Tak payah bawaa toto untuk anak2 tidur. Selesa mereka tidur lagi-lagi selepas penat bermandi kolam serta kekenyangan. Malam tidur memang lena habis la... penat kan. Perut pula kenyang makan macam-macam...

katil untuk 4 bilik 


Malam BBQ tu, kami sambut sekali besday girl yang ada semua awal May. Lin, Mama dan Wani. Tapi, tukang menyibuk biasa la... anak2 lin gak. hahaha. Biar la. Asal mereka bahagia... hihi..
Malam tu macam2 makanan seafood adik lin beli. Siap perap lagi. Lin memang tak sempat langsung nak amik gambar seafood tu semua. Dina, malam dia memang akan nak tidur je. So, lin kena duduk dalam rumah teman dia berkhayal amik mood tidur. D dengan pakcik jadi tukang bakar. Yang lain jadi tukang makan. Budak2 pula tak makan sangat. Lepas makan kek, dorang masa sesama sendiri. Anak2 lin pun join sekali.

tengok sapa paling menyibuk 

kek turqish... 1 dah kena amik.. ganti lain... hahahah 

Keesokkannya, awal2 lagi masing2 dah bangun. Tidur sejuk sangat, perut pun lapar. Walaupun dah melantak banyak semalam. Menu breakfast, kami memang dah plan. So, masing2 buat tugasan. Lin sibuk dengan anak kecil. Sempat menyelit gitu gitu je. Yang bestnya dapat sambung makanan yang tak habis semalam. Kiranya awal pagi menu dah macam BBQ. Campur pula yang baru di masak pagi tu. Penuh lagi perut.

suasana di pagi hari 



orang belakang sibuk makan 

dina main air 

oncong kena buli lah tu... 

tukar lagi... 

Anak bujang awal2 lagi dah merengek nak mandi kolam. Nasib baik umah kita tak ada kolam. Kalau tak, kecut la... hari2 berendam. Lepas puas berendam, sambil turun naik kolam pergi makan, lin bawa pula dina berendam sekali. Nasib dia ok. Teringin gak nak tenggelamkan dia. Tapi tak berani. Mommy dia pun tak reti berenang ada ati nak try anak tu kan... Dina ok, tak nangis.. teruja adalah..

Dah puas mandi, dina pun dah gigil.. mommy masuk rumah dulu bersihkan diri. Baru settlekan dina. Disebabkan penat berendam, perut kenyang... Mommy dan dina pun terlena dalam bilik yang gelap, sunyi dan sejuk. Hahhaha... syok tidur. Dina bangun, baru mommy bangun juga. Siap2 kemas bag dan bilik. Masa untuk balik....


Cukup saja coretan mommy kali ni... jumpa lagi.....


Kisah keluarga ...
mommylin ;)




Post a Comment

3 Comments

  1. memang best kan.. dapat bcuti dengan keluarga..

    ReplyDelete
  2. Cuba call 0176919194 villa NIRZAB, atau lihat IG dan FB NIRZAB2001 kalau minat nak bercuti sekeluarga di villa kat A Famosa

    ReplyDelete