Tip dan cara mudah untuk menyusukan anak di tempat awam

Assalamualaikum..

Lama tak ketemu, sibuk adik ipar lin kahwin kat Muar. Seminggu berkampung di sana. Alhamdulillah... Selesai semuanya.
Lin nak share sikit tip untuk mommy yang susu kan anak di tempat awam. Kadang ibu baru akan rasa sedikit sukar dan tak selesa bila menyusukan bayi di tempat awam. Sebenarnya mudah je,  jika ikut semua tip yang lin bagi ni.

Dilema mak sangat bila asyik fikir "ala... Nak keluar leceh la,  baby susu badan. Nanti nak cari kerusi la, nak cari tempat menyusu lagi. Dah lah jauh..."
Haaa.... Ayat yang selalu sangat ibu yang bf anak fikirkan.  Memang betul pun, kalau kita tak ada ilmu dalam penyusuan agak sukar nak bertahan dengan keadaan sekeliling dan meneruskan penyusuan.  Mudah lemah dengan keadaan semasa dan persoalan orang sekeliling. Kadang tu. Ada je,  yang kata kenapa tak beri susu botol kan senang nak berjalan. Haaaaa cuba fikir balik, mana yang senang sebenarnya?  Susu dalam botol atau susu badan? 

nursing cover 


Mesti ramai dah nursing mommy hadapi perkara ni. Jangan risau, kuat kan azam kita dihati dan diminda nak susukan anak dari lahir sehingga 2 tahun jika mampu. Banyak sangat kebaikan pada ibu dan bayi bila menyusu kan anak ni. Zat yang Allah bekalkan pada susu ibu, dah cukup bagus dan baik untuk bayi kita. Begitu juga pada ibu, rahim akan mengecut bila kita menyusukan anak dan lemak pada badan juga mudah terbakar. Sebab tu, ibu susukan anak mudah untuk kuruskan badan. 

Perkara pertama yang perlu kita buat, "direct feeding" atau menyusu terus bukan menggunakan botol susu. Bagi ibu yang bekerja, pastikan kita direct feeding anak bila bersama. Jangan bila di rumah pun nak bagi botol. Nanti anak dah selesa dengan botol susu, lama2 dia boleh reject untuk direct feeding.
Bagusnya direct feeding ni, boleh meningkatkan pengeluaran susu. Jadi, teruskan direct feeding bila bersama dengan bayi. 

Pastikan anak dan ibu dalam keadaan bersedia. Jika ibu, pastikan memakai  baju menyusu untuk menyusukan anak. Banyak dah baju menyusu dijual dipasaran sekarang design baju juga semuanya terkini. Ini akan memudahkan ibu menyusukan anaknya dalam keadaan yang selesa. Sambil tu, tak ketinggalan dengan fashion terkini. Masih vogue ok... Don't worry.

Sebelum keluar dari kenderaan, pastikan keadaan bayi anda selesa, kenyang, tidak kembung dan pampers bersih. Jika perkara yang tersebut tidak dilakukan, kemungkinan anak anda akan meragam dan menyukarkan anda untuk melakukan aktiviti seperti bersosial atau membeli belah. Tangisan bayi bukan hanya kerana lapar sahaja. Tapi, antara sebab lain adalah seperti yang dinyatakan tadi.

Pilih masa yang sesuai. Pentingnya menjaga waktu tidur dan waktu bermain anak anda, adalah kerana, memudahkan kita membawa anak keluar selepas waktu tidur mereka. Dalam keadaan mereka yang segar selepas bangun tidur, adalah waktu terbaik untuk kita membawa anak keluar.  Jika waktu tidur mereka diganggu makanya, punahlah aktiviti luar.

Jangan ambil masa terlalu lama. Ini penting, jika kita nak membeli belah barangan dapur contohnya,  buat senarai awal. Ambil semua barang mengikut senarai dan terus pulang. Atau, singkatkan masa bersosial bersama rakan. Anak kecil mudah berasa bosan dengan perkara yang dilakukan dengan lama. Jadi, gunakan masa sebaik mungkin.

Terakhir dan terpenting. Nursing cover. Atau, kain tutup untuk menyusukan bayi. Nursing cover ni, jadikan barangan wajib didalam handbag kita. Tak besar pun, lipat kecil kan boleh. Masukkan dan boleh dibawa kemana sahaja. Bila masa anak nak menyusu, pakai nursing cover susu kan terus. Kadang tu, bila dah expert, sambil berjalan pun boleh susukan anak. Terutamanya semasa window shopping. Perempuan kan... Nak shopping gitu je,  tak puas. Nak juga berjalan.

Oh ye, tak tahu nama nak cari nursing cover dengan harga murah dan design cantik?? Boleh lah tengok di ig mommylin_loveandcare fuhh... Jangan tergoda ya. Sekarang pula, tengah keluar limited edition punya design. Apa tunggu lagi, grab la. Menyusu sambil bergaya.
Nah, belanja gambar nursing limited edition tu. Kain pula jenis japanese cotton. Selesa dan tak panas. Cuaca tengah panas sekarang ni, kita kena la pandai memilih jenis kain. Baru mommy dan baby selesa...

nursing cover - NC1606
Whatsapp 019 252 3932

Nursing Cover - NC 1603
Whatsapp 019 252 3932
Nursing Cover - NC 1604
Whatsapp 019 252 3932
Nursing Cover - NC 1601
Whatsapp 019 252 3932





Post a Comment

2 Comments

  1. nad selalu pakai baju nursing..takpun pergi bilik baby tu

    ReplyDelete
  2. bagus.
    zaman dulu takde semua ni tau lin.
    now bf ni da sgt di recognise and dihormati.

    ReplyDelete