Harris Adeel turn 3 - Harijadi yang menyedihkan

Assalamualaikum...


Lambatnya mommylin nak update cerita besday Harris... Sorry sayang... Mommy sibuk. Kot dah tua nanti belek2 blog mommy jumpa pula entry ni kan... Ok meh mommy nak story. 

Harris turn 3


Beberapa hari sebelum 30 may Lin memang ada bagitahu Harris, besday dia dah dekat. Dia pun asyik la request nak kek dan menyanyi lagi " panjang umurnya... Panjang umurnya.... Serta mulia...." memang ni la lagu favorite hari untuk beberapa hari. Mommy pun dok join nyanyi sekali. Seronok dapat sambut harijadi anak ni. Semua kenangan masa lahirkan dia, semua keluar semula. Macam mana teruknya dan sakitnya mommy. Dan paling best, macam mana indahnya perasaan lepas Harris selamat lahir... Fuhhh boleh berpeluh jika di kenang semula. Huhu. 


Di jadikan. Cerita, pada tarikh harijadi Harris tu, cik su dia sibuk nak belanja makan. So, mommy kata akan beli kek untuk Harris. Di sebabkan kesulitan yang berlaku... Lin tak sempat beli kek. Dan kedai kek semua dah tutup. So, buat tak tahu je la. Masa makan di Pizza Hut, kalau order set akan dapat mushrooms soup dan garlic bread kan. Nak dijadikan cerita sedih, bila waiter hantar je garlic bread tu, Harris terus ambil pisau dan potong roti... Sambil nyanyi lagu "panjang umurnya..." dah semua sebak tengok anak aku. Macam mommy dia dah sengkek sangat tak mampu beli kek. Sedih....!! 

Lin pula bantai ketawa... Bukan apa, dekat rumah pun selalu macam tu. Asal apa sahaja makanan boleh potong dia nyanyi lagu tu. Bila orang tak biasa tengok memang akan rasa kesian anak aku... Huhu.  Harris bukan faham apa pun. Lepas dia dah cincang2 roti, dia sambung makan tanpa perasaan. Dah cik su salahkan mommy sebab tak beli kek. Dah macam mana kan. Kedai tutup. Nak buat kek kosong boleh lah mommy baking sendiri. 

Sabtu pula, mommy pergi rumah makwan. Nak sambut puasa di sana. Petang tu, lin terus ajak D pergi cari kek. Kecil pun jadilah.  Janji dia dapat potong kek. Lin terjah je kedai kek biasa yang ada di puchong tu. Di sebabkan esoknya dah puasa, lin tak nak lah beli kek besar. Nanti berhari hari dok dalam peti... Sayang. D pesan, beli kecil je yang.... Lin pun... Baikkkkk... Memang kek paling kecil aku beli. Hahaha.... 

Kek boboiboy 

Lin beli kek edible image gambar boboiboy. Suka dia... Tapi tak Best bila potong sangkut2 huhu...  Lepas potong kek... Dah nyanyi... Makan kek... Selesai la sudah sambutan birthday Harris. Selagi tak sambut dengan sebiji kek, selagi tu tak tenang hati mommy. Asyik dok tanya... Bila nak beli kek... Dah la mommy 24/7 ngadap dia. 

Besar dah Harris sekarang ni. Walaupun dia agak kecil dari abang dia, tapi akal dia lebih panjang. Ada je idea dia nak buat. Walaupun dia lebih manja dari abang dia... Dia tetap seorang yang berdikari... Tak kesah main seorang diri... Harris memang anak yang lain perangai nya dari budak lain. Nampak muka comel, sedih... Tapi, sekali orang cari gaduh dengan dia... Ambek...  Tapi, bila kena dia... Nangis....  Tak faham mommy. Hihi.... Harris selesai potty train masa umur 2 tahun setengah... Memang bagus sangat. Walaupun seksa mommy asyik lap lantai.. Tapi berbaloi.... Walaupun berkali kena kutip hasil yang jatuh... Huhu... Anak oh anak... Memang banyak cabaran besarkan dia ni. Semoga menjadi agak soleh, bijak dan taat pada Allah,  rasul, agama serta ibubapa ye Sayang.... 

With love, 
Mommylin. 

Post a Comment

5 Comments

  1. alaaahaiiii...kesian dia eh...takpe..lmbt sikit janji tertunai jugak kan :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ulangtahun kelahiran Harris.. camna lagu nya tuu..hehehe..1st time tau lirik tuu.. ��

    ReplyDelete
  3. cantiknya kek harris...selamat hari jadi abang semoga jadi anak soleh dan disayangi selalu

    ReplyDelete
  4. alahaiii mommy pun heheheh happy besday haris

    ReplyDelete
  5. alahai sian harris. takpelah tertunda sikit je tu. happy bday harris

    ReplyDelete