kbba

Latest Posts

Perlu atau tidak botakkan kepala bayi

By 8:00 AM , , , ,

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... minggu depan kita dah nak mula puasa. Lin beruntung tahun ni, tak perlu ganti puasa. Sebab tahun lepas puasa penuh. Memang rezeki Lin, setiap kali mengandung, tak ada alahan teruk. Pening biasa2 je. Jadi, memang berpuasa tu tak memudaratkan. Kalau lapar sangat pun, cuba sibuk kan diri sehingga petang. Biasa la... mengandung memang lapar semendang. hihi. Cuma tahun ni, risau juga termiss puasa gara-gara lapar. Almaklum la... Lin masih susukan Aydina sepenuhnya. Sayang pula kan kalau tak puasa. Cuti bulanan tetap datang. huhhu... kena banyak makan kurma tahun ni. Tak pun biskut kurma... >_<



Nak cerita pasal botakkan kepala ni. Aydina dah selamat di botakkan oleh daddy dia. Alhamdulillah... akhirnya. Jenuh remind daddy untuk botokkan kepala Aydina. Asyik sibuk je. Lin nak buat sendiri memang tak berani. Takut luka. Ajak D pergi kedai dia tak nak. Terpaksalah tunggu.. 4 bulan setengah, akhirnya rambut asal Aydina selamat di botakkan. 

Ada sesetengah orang, mereka tidak membotakkan anak. Sayang rambut... Nanti takut pula tak tumbuh baru. Tapi, sebenarnya, membotakkan bayi, rambut baru akan tumbuh lebih lebat dan cantik. Selain tu, rambut dalam rahim tu, tak bersih sangat pun. Sebab tu, kita orang islam di sunatkan membotakkan rambut bayi pada usia 7 hari. 

Lin ada juga terbaca, membotakkan kepala ni, bagus untuk kesihatan, penglihatan dan pendengaran. Selain itu, ianya juga dapat membuang kekotoran pada kulit kepala bayi, seperti kuping. Aydina pernah juga ada kuping sebelum botakkan dia. huhu sedih tengok. 

Sebaiknya, rambut yang dibotakkan tu, kita bawa timbang dikedai emas. Berapa berat rambut, kita samakan dengan harga emas. Kemudian, jumlah tu, kita boleh sedekahkan kerumah anak yatim. Macam adik lin Hilman, rambut dia lebat sangat. Sampai kena RM500 kalau tak silap. Harga emas tengah melambung waktu tu... Mak lin pun tanya ustaz di rumah anak yatim tu. Perlu ke bayar jumlah tu. Ustaz kata terpulang pada kemampuan. Jika mampu, kena bayar jumlah tu. Jika tidak, tak perlu. Beri berapa yang termampu sahaja.

Anak2 lin, ketiga tiganya D je yang botakkan mereka. Ingat dulu Hafidh, D cukup pagi separuh. Malam separuh. Stop kejap pergi kerja. Boleh pula kan... Dah anak aku botak depan kejap. hahahah. 
Sebenarnya mudah je nak botakkan anak. Cuma, perlukan gunting dan pencukur yang tajam. Kemudian, ada tukang pegang. Macam Aydina, kami susah juga nak cukur. Sebab dia dah tak reti diam. Angguk sana sini. Pusing sana sini. Adeh... Gelak2 mommy daddy nak cukur rambut Aydina. 
Tanggalkan baju dia, tinggal kan pampers je. Selesai mencukur mandikan terus. Siap mandi...
" Alahai.. comey anak mommy.. " hahaha tu la ayat yang keluar. :P 

Kisah Aydina,
Mommylin. 


You Might Also Like

1 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers