kbba

Latest Posts

Umur 4 tahun sesuai latih anak berpuasa

By 6:32 PM , , , , , ,

Assalamualaikum... 



Selamat berpuasa semua. Berbuka apa petang ni?? Lin masak lauk biasa2 je. Dengan satu jenis kuih atau pemanis. Hari Isnin di rumah mak, kami buat bubur chacha. Semalam pula Lin buat keria permintaan suami. Hari, cek mek molek. Tekak pula teringin nak makan. Sementara keledek ada, meh la kita menguli.

Hafidh Aryan 

Lin, tak pernah terfikir nak ajar hafidh berpuasa tahun ni. Dia kan baru 4 tahun. Takut tak tahan lapar. Tapi, masa puasa pertama rumah mak Wan dia, tengok iman puasa dia pun ikut puasa. Ada geng memang menjadi. Kebetulan hafidh jenis senang bangun awal. Waktu sahur dia pun makan sekali. Hari pertama dia tahan sampai pukul 10:30 am je. Lepas tu, pergi peti ais amik air sejuk, teguk... Lin pun buat2 terkejut la..  Dia kata haus.... Alahai... Kesian. Kita yang besar ni pun tekak haus kan. Inikan pula budak. 

Hari kedua, puasa di rumah sendiri. Lin tak sempat prepare sahur. Jadi, kami laki bini makan oat nestum je. Hafidh bangun sahur, tapi tak makan. Tengok je... Pukul 11am dah teguk air. Petang dalam pukul 5 baru makan. Huhu... Tu pun sebab lin tengah goreng keria. Bagi lah makan sekali. 

Bagusnya... Dia tak ada mengadu lapar. Lin pun buat tak tahu... Sengaja nak ajar perut dia berlapar. Lama2 nanti biasa lah. Tapi, kalau dia minta makan... Mesti lah lin beri. Dah standby makanan dia. Harris pun ikut sama kurang makan. Bila waktu berbuka, budak berdua ni la yang bikin ribut di meja makan. Sabar je lah. Lin dapat berbuka sikit, dah kena stop sebab dina selalu tidur lepas maghrib. Memang hilangkan haus je la. Dah tidur dina, baru Lin sambung makan. 

Harapnya tahun ni, hafidh boleh belajar tahan lapar dulu. Dan tahun depan, bila dah bersekolah boleh puasa dengan kawan2. Baru semangat. Sebab kalau tak puasa mesti dia malu kan. Good luck hafidh..  

With love,
Mommylin 

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. Batrisyia 6 tahun tiap-tiap hari bangun puasa. tapi kalau tak larat mimie tak paksa puasa penuh.. baru nak biasakan diri..

    ReplyDelete
  2. Bgus dia nak belajar.. anak saya kejut sahur pun tak bangun... hehe

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers