Mommy bukan SAYANG daddy

Assalamualaikum...


Selamat petang Jumaat. Jumaat dah kan. Jumaat terakhir di bulan Ogos ni. Minggu ni, terlalu pantas berlalu. Lin memang super duper busy. Dalam pada kesibukan yang melanda, stress dengan pelbagai macam masalah. Dugaan. Allah datangkan dugaan pada hambanya yang kuat. Kami cuba untuk terus kuat dengan pelbagai dugaan. 






Alhamdulillah... BCbM semakin maju. Jadi, lin tak boleh give up separuh jalan. Lin kena teruskan usaha ni sehingga betul2 berjaya. Terima kasih pada kawan2 blogger yang banyak membantu. Kawan baik lin aka mommytina pun banyak membantu BCbM. Terima kasih kawan2. Eh.. terima kasih pada suami aka tukang pos dan driver untuk BCbM. ihihih kang dia baca sentap pula tak ada nama dia. ihih. 

Anak2 semakin membesar. Semakin bijak berkata2. Apa yang kita larang ada sahaja bangkangnya. Apa kita kata, ada sahaja jawapannya. Apa yang kita bagitahu ada sahaja persoalannya. Masalahnya persoalan dia tak ada henti. Contoh situasi ye. 

Mommy buat apa? 
Buat biskut
Untuk sapa? 
Untuk orang...
Orang mana? 
Orang yang beli biskut ni lah.... (mood dah malas nak jawap)
Kenapa orang tu beli?
Nak bagi anak dia makan biskut ni...
Kenapa anak dia makan biskut mommy? 

dan aku.....................................................................................

Semua perkara macam tu la soal jawap lin dengan Hafidh. Orang kata, budak banyak bertanya ni bijak. Dia nak tahu apa yang ada depan mata dia. Otak dia ligat je berfikir. Memang betul.. aku setuju.. tapi, kalau dah selalu korang kena soal macam polis pencen ko ghaserrr? grrr.... 

Pasal kes Sayang pula, biasalah suami isteri adalah nama manja kan... ada yang panggil ucuk, bucuk, sweetheart, manja dan macam macam lagi. Macam kami, D selalu panggil sayang. Memang dari dulu lagi. Kadang tu, panggil mommy. Yelah sejak ada anak, lin pun bahasakan diri mommy. Idok la nak bahasakan diri ni sayang bagai... 

Masa tengah khusyuk masing masing tengok TV, D panggil lin 

Sayang... amikkan remote tu...
Sayang??? mana sayang?? 
ni mommy la sayang.... 
Ini bukan sayang... ini mommy... tahu tak? ini mommy!!

Mengekek aku gelak. Boleh pula dia salahkan D yang panggil mommy sayang. 

Masa dalam bilik kitorang pula. Lepas solat, lin pun nak turun bawah. Kebetulan, hafidh masuk bilik main dengan Dina... D panggil lagi... 

Sayang... tolong amik sabun kat bawah...
Ehhh.... ni bukan sayang.. ni mommy... mommy!! 

Sekali lagi aku ngekek gelak... Adoi hai la... dah 4 tahun, tak tahu lagi mommy ni sayang daddy. Ke..... daddy ada sayang yang lain hafidh oiii... 

Budak pandai bercakap ni, bahaya kadang kala. Kita, jangan terlepas cakap. Pernah tau lin tengok TV kemudian marah dengan cerita tu. Keluarlah perkataan "Bodoh" pergghhh lepas tu, ada juga la dengar dorang cakap benda tu. Menyesal.... sekarang ni, kalau nak cakap tu, biar la berfikir lama... Budak ni, otak span.. sekejap je serap. Lain la kita, otak kejung dah. Wakakakak... 

Ok la... see next entry!!

mommylin... 

Post a Comment

1 Comments

  1. hahaha.. biasa la budak2 banyak soal.. curios tinggi..

    ReplyDelete