Santai Hari Raya bersama KBBA9

Assalamualaikum....


Raya dah habis... tapi, cerita raya belum habis lagi tau... Seminggu sebelum berakhir bulan syawal, KBBA9 ada buat gathering. Event ni, lama dah plan. Lin pun dah bagitahu awal2. Jadi, mana yang bertembung tu, maaf ye. Mohon tak terasa hati jika Lin tak dapat hadirkan diri. Lepas habis event zass kami terus balik Muar. Dah hujung bulan masa tu, D pun dah gaji masa tu. So, kami amik kesempatan sambung beraya di Muar pula.

Harris photo boom gambar 




Acara bermula pukul 10 pagi. Awal pagi dah packing bag untuk balik Muar. Terus siap dan bersedia untuk pergi ke Ummiza Cafe di Jenderam Sepang. Alhamdulillah... Event kali ni, rezeki kami dapat penaja dari banyak pihak. Antaranya... 


Penaja Lokasi & Makanan UMMIZA CAFE

Penaja Burger SECONDITEM BURGER BANTING






Minuman Rasmi Oleh YEO'S MALAYSIA





Penaja Hamper Utama:

COSMODERM
TIGERUS
FATA BESTARI HOLDING


Official Photographer 
KASIBOKEH PICTURES 


Alhamdulillah... senarai penaja yang menaja gathering KBBA kali ni. Ramai rakan blogger KBBA9 baru yang memeriahkan majlis... Bertambah kenalan mommylin. Maaf la, sekarang ni, nak menjemah selalu memang payah... dapat berbuat semasa gathering baru2 ni, memang seronok. Dalam whatsapp tak berapa mesra. Cuba jumpa depan2... haaaa... baru kenal perangai lawak gelak sakan masing2 kan. Sambil borak dukong anak, apa ada hal.. Semua boleh je. 

Bertambah ceria dengan MC dan penuh jenaka ... memang takkan rasa sunyi, majlis pun meriah je. 


Razi dan Syikin (SS)
umminani rakan blogger baru... wakil KBBA9 berucap. " syyyhhhh polis nak cakap"  =) 

Tak ramai Lin dapat tegur. Sebab mata dok risau pandang anak je. Takut berlari ke jalan raya. Dorang ni, memang pantang dapat lepas. 


Kita berkumpul... masing2 sibuk makan dan melayan anak. Aku sibuk kejar anak kat belakang tuh...



Majlis bertambah ceria dengan pengacara majlis, dan segala game serta aktiviti yang berlangsung.  Kali ni, xde rezeki dapat Lucky draw...huhu sokay dapat menang pertandingan baju anak tercantik tempat ketiga pun gembira. Hahaha nasib baik ada aydina. Peserta paling kecil dengan jubahnya. Macam2 game ada. Paling teruk game karok. Hahaha permulaan je dah sakit telinga. Nasib ramai juga nyanyi sedap. Sempoi semuanya. 

Game makan burger dengan laju game paling havoc. Lagi2 bila peserta perempuan. Fuhhh orang paling cun, cantik dan kurus menang hahah memang tak sangka. Rahsia kuat makan terbongkar. 


acara makan burger untuk kaum adam

Macam2 ragam ada. Catwalk anak Lan Careno sampai sekarang teringat2. Hihi...  Hari bergelak ketawa sambil dibasahi peluh. Panas hari tu. Lin duduk bawah kipas je. Tak larat nak pergi bawah khemah. Tak tunggu majlis habis, lin dah minta diri. Aydina dah mengaruk nak tidur... Yang abang2 pun dah penat bermain. Bau masing2 pun dah memeningkan. Moh la berangkat pulang. 

Raya tahun ni terasa sederhananya. Beraya pun mana yang sempat je. Nanti nak sambung cerita beraya dengan rakan Blogger lain pula. Ok bubbye... 

Cerita typical,
Mommylin 





Post a Comment

1 Comments