Mommy tempat asah gigi

Salam...

Dua tiga hari ni, mendung dan hujan je kan... Rasa sejuk je. Mata pun layu je... Hhihii... Kalau ikutkan rasa malas, memang lah lin nak beradu sokmo...  Tp jangan berangan la....  Banyak lagi kerja kena hadap... 

Aydina sekarang macam2 perangai dia dah pandai... Menyusur satu rumah dia dah jelajah... Menjerit, dari bawah ke atas boleh dengar suara dia. Dahsyat perangai anak dara seorang ni. Memang beza jaga anak lelaki dan perempuan. Manja toksah cerita... Pantang nampak kelibat mommy dia dah teriak... Hamboi sangat anak dara I ni tau... 

Gigi pertama 



Sekarang ni, hobi aydina asah gigi. Fuhhh... Masa menyusu tu, bila hobi dia sampai... Menjerit woiii. Mesti mommy lain pun pernah rasa kan... Seram pula nak susukan dia sekarang. Bila marah, boleh pula dia ketawa sengih pandang kita.

Gigi dia baru tumbuh awal bulan hari tu. Lin perasan bila rasa gusi dia apsal makin tajam je... Bila rasa guna jari, wah... Gigi dah tumbuh... Teruja. Umur 7 bulan baru tumbuh, good job aydina. Tak awal sangat, tak lewat sangat. Harap dina tak gigit mommy selalu huhu.... 

Hari ni, dedar pula badan dia... Alahai, budak manja...entah apa lg nak pandai pun mommy tak tahu. Moga debab mommy sihat selalu..
😊

Typical mommy, 
Allene >_<

Post a Comment

3 Comments

  1. gigi Addeena pun nak kuar dah lin.. ngeri oiii.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Aydina dah tumbuh gigi comel je gigi dia hehehe lepas ni leh test gigit mama selalu tau mmmuahh

    ReplyDelete
  3. Hihihi comelnya Aydina ni . Geram pipi dia!

    ReplyDelete