Baby 9 bulan dan 4 batang gigi

Assalamualaikum....


19/10/2016 genap Aydina 9 bulan.... Fuhhh cepat sangat anak dara ni membesar. Walaupun sentiasa depan mata, tetap rasa selalu terlepas pandang apa yang dia pandai..

dina with biscute



Memang seronok tengok anak membesar depan mata. Tapi, kesabaran kena tinggi. Lagi2 anak zaman moden ni. Allahuakbar... Macam2 hal, perangai sorang2. Kalau tak sabar, boleh jadi kes macam2... Hi hi hi OK, gurau jek.

Budak 9 bulan ni, dah ada empat batang gigi... Pedih tau setiap kali menyusukan dia. Nangis dalam hati woiii... T____T.  Gigi kapak dia besar dan jarang. Hahaha orang tua kata, gigi jarang xboleh simpan rahsia. Betul ke? Gigi bawah dia pula, dah panjang keluar...  Comel jek dia setiap kali senyum.

Selain tu, dia sekarang tengah gian nak memanjat. Asal keluar dari buaian dia, mesti panjat sofa, berdiri je kat tepi sofa. Tepi katil, meja... Asal boleh buat dia berdiri, dia pun paut. Merangkak tak pandai lagi... Ni kes skip progress dia lah ni.

Semalam pula, masa cucuk 9 bulan, untuk pertama kalinya dia tak menangis ko...  Lin pula terpinga pinga... Ehh dah siap ke? Tak sedar bila nurse suruh pegang kapas tu, baru sedar. Huhu... Sebab masa tu, get ready nak pegang dia kuat2 tak nak dia meronta sampai memancut vaksin lagi... Cukup lah sekali.

Budak lengan ketak ketak ni, tak berat mana pun. Badan nampak kecil tau. Ye la,  tengah sibuk nak berdiri kan... Berat dia 8.1kg sahaja... Sebelum ni, 6 bulan berat 7.5kg kalau tak silap... So, tak banyak beza... Next check up Bulan 1 nanti... Fuhhh jangan kurus lg dah la ye.

Sekarang mommy dah boleh fikir nak buat tema apa untuk besday girl nanti. Tapi, kena gabung dengan abg la ye... Tarikh dekat2 je hihihi
Apa yg sesuai yek utk boy dan girl  ermmm.... Meh là tlg fikirkan sekali... Ihihhi.

Ok la... Nanti Lin sambung bebel lagi. Tata...

Love,
Mommylin 

Post a Comment

1 Comments