kbba

Latest Posts

Pembantu Rumah Sambilan RM20 sejam

By 8:07 AM , ,

Assalamualaikum.... 


Mana rakan yang berkawan dengan lin di FB, mesti ada yang perasan, lin update status pasal maideasy.my datang rumah bersihkan rumah. Walaupun lin seorang suri rumah, nak mengemas macam mana cara maideasy.my kemas memang tak la. Baru pegang penyapu anak dah nangis2. Berhenti kejap, dah diam, sambung buat kerja alih2 dah waktu nak masak. Nanti lewat masak lagi haru.... ngaruk anak2. 

Semua orang tahu, bukan mudah nak jadi suri rumah sepenuh masa. Lin hampir setahun duduk rumah, baru tahu bertapa penatnya jaga anak, kemas rumah dan memasak. Kadang tu, terpaksa skip kerja rumah sebab nak fokus pada anak yang tak sihat, atau lin ada banyak order untuk biskut baby, memang tak dapat nak buat kerja rumah. 

pembantu rumah rm20


Malam pula masa untuk suami dan keluarga. Santai tengok tv. Kadang teman suami tengok tv pun, sambil buat biskut. Anak2 pula tengah membesar dan melasak. Habis rumah di sepahkan dengan mainan. Hari2 bebel pun sama juga. Tak tahan tengok keadaan rumah bersepah, lin pun panggil maideasy.my

Wakil maid easy yang datang rumah lin tu, namanya Kak Azlina. Datang berdua, seorang lagi lelaki. Awal pagi, dalam pukul 9, dorang datang. Terus minta alatan untuk mengemas. Lin bagi apa yang ada kat rumah ni je. Tak payah susah2 korang nak pergi beli. Mereka akan guna sahaja peralatan yang ada. Bermula dengan mengemas tingkat atas, bilik anak2. Lin sempat tunjukkan area mana nak kemas je. Kemudian turun bawah, sambung tidurkan dina. 

Lepas dina dah lena, lin sambung masak, buat puree untuk  biskut baby, semua siap lah. Yang tak siap kerja lagi, maideasy.my tu. Bila lin jenguk kerja mereka, rasa wow sangat. Bersih.... ! Kipas ceiling semua mereka lap. Sawang semua di buang. Nak nangis rasanya... Suka tengok rumah bersih macam ni. Sawang tu, dah lama minta tolong husband buangkan. Tapi tu la... asyik tertangguh je. 

Ingatkan maideasy.my ni, hanya buat kerja mengemas macam biasa. Tapi, kerja mereka tip top sangat. Bilik anak2 lin, yang penuh mainan bersepah, clear habis dorang kemas. Lantai berkilat, licin tak ada habuk langsung. Memang sangat2 puas hati dengan service dari maideasy.my. Apa yang lagi bestnya, wakil maid easy ni, orang melayu kita. Bukan orang asing. Senang kita nak berbual dan bertanya soalan. Cara mengemas dan menyusun pun puas hati. 

mainan kemas tersusun


Settle kemas bahagian atas, bahagian dapur dan living area pula. Waktu ni, lin tengah bagi anak2 makan. 2 jam mengemas tingkat atas. Lagi 2 jam, bahagian bawah. Termasuk toilet bawah sekali. 

bersihkan sawang dan kipas

bawah dapur gas pun di cuci 


dinding dapur pun di bersihkan 


 Siap mengemas semua bahagian, lin pelawa Kak Azlina minum, kesian tengok akak tu buat kerja bersungguh sungguh non stop . Tak ada berhenti minum atau berbual bual. Memang terbaik maideasy.my. 

Kalau korang nak panggil maid ni, boleh click link ni maideasy.my  dan terus booking dari sana. Kita boleh pilih Basic Home Cleaning , Carpet Cleaning, Move in/out Cleaning dan Interior Painting. Kemudian, masukkan detail kita dan tarikh pilihan untuk kerja pembersihan tu. 



Untuk harga pula, memang berbaloi... Boleh click sini untuk harga mengikut service yand ada. https://www.maideasy.my/pricing

Mudahkan... Sekarang ni, semua di hujung jari. Tak payah susah2 nak call sana sini cari maid. Nah... pergi je sini... maideasy.my

Settle kerja... kak.. jom selfie sama2... boleh dapat diskaun next service... ihihihih 




Ok!! selamat mengemas rumah, 



Typical mommy, 
Mommylin!

You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. Kan..sennag ade orang tolong bersihkan rumah..

    ReplyDelete
  2. nak kena panggil gak ni,sarat dah tak larat nak vakum lantai pun huhuuu...bodek en husband la jap hehhehe

    ReplyDelete
  3. singgah sekejap.

    from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Nak booking la suh diorang dtg kemas susun rumah my mum hehehhe

    ReplyDelete
  5. Teruja tengok diorang kemas sungguh2!

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers